GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa.
Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara
gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Ia dilabel
pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh
membawa maut seperti serangan jantung dan strok.
Dianggarkan
4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada
individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada
penyakit itu.
Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal.
Ada dua
jenis tekanan darah iaitu sistolik (tekanan darah ketika kontraksi otot jantung
/ bacaan atas) dan distolik (ketika jantung berehat mengepam / bacaan bawah).
Tekanan darah yang normal ialah bawah 120/80; tekanan darah di antara 120/80
dan 139/89 dipanggil ‘pra-hipertensi’, dan tekanan darah 140/90 ke atas
dianggap tinggi.
Emosi mempengaruhi tekanan darah iaitu meningkat ketika perasaan gemuruh,
tertekan dan sedih, manakala tekanan darah turun ketika kita dalam keadaan
tenang dan santai.
Walaupun ada peningkatan dalam penyediaan rawatan di kalangan mereka yang
didiagnosis, kadar kawalan adalah rendah.
Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan, di
kalangan pesakit tekanan darah tinggi diberi rawatan ubatan, hanya 26 peratus
daripada mereka mencapai sasaran tekanan darah normal.
Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Prof Datuk Dr Azhari Rosman
berkata, ada dua bentuk tekanan darah tinggi iaitu primer dan sekunder.
Tekanan darah tinggi primer yang sukar dikenal pasti puncanya membabitkan lebih
90 peratus kes manakala tekanan darah tinggi sekunder yang diketahui puncanya,
membabitkan lebih 10 peratus kes.
Pelbagai
masalah kesihatan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sekunder seperti
masalah buah pinggang, penyakit salur darah dan gangguan hormon.
Punca, kejadian dan faktor risiko
Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:
Punca, kejadian dan faktor risiko
Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:
- Kandungan air dan garam di dalam badan
- Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
- Tahap hormon badan yang berbeza
Risiko tekanan darah tinggi meningkat
sekiranya:
- Obes
- Sering tertekan atau cemas
- Minum alkohol terlalu banyak
- Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
- Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
- Menghidap diabetes
- Merokok
Pilihan
rawatan
Beberapa jenis rawatan diguna untuk merawat tekanan darah tinggi, termasuk:
- Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors
- Angiotensin receptor blocker
- Diuretik
- Beta-blockers
- Calcium channel blockers
- Alpha-blockers
- Alpha-agonists
- Renin inhibitors
- Gabungan ubatan
Rawatan
tanpa ubatan ialah dengan mengubah gaya hidup terutamanya mengurangkan pengambilan garam, mengurangkan berat badan berlebihan memenerusi diet, mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat,
lemak dan makanan berkalori tinggi
dan senaman.
Selain
itu, hentikan tabiat merokok agar
tahap kesihatan meningkat secara menyeluruh, kurangkan stres dengan mengawal
puncanya, bersenam dan uruskan masa dengan bijak.
Diuretik
sering disyorkan sebagai terapi utama bagi kebanyakan pengidap hipertensi.
Bagaimanapun, rawatan selain diuretik mungkin ditetapkan sebagai terapi pertama
jika pesakit mempunyai masalah perubatan tertentu.
Sebagai
contoh, perencat ACE sering menjadi
pilihan untuk pesakit diabetes.
Jika satu daripada ubat tidak berkesan atau tidak dipersetujui, jenis ubat lain
boleh didapati.
Jika bacaan tekanan darah 20/10 mata lebih tinggi daripada sepatutnya, doktor
mungkin mempertimbangkan untuk memulakan rawatan dengan dua ubat atau gabungan
ubat.
Gabungan terapi
Garis panduan hipertensi mengesyorkan penggunaan ubat gabungan yang mempunyai
mekanisme pelengkap tindakan berkesan mencapai matlamat tekanan darah.
Tekanan darah sering tidak dapat dikawal oleh rawatan dengan agen
antihipertensi tunggal.
Terapi kombinasi umumnya menghasilkan pengurangan tekanan darah yang lebih
besar dan boleh mencapai kawalan dalam melebihi 75 peratus.
Pfizer Malaysia melancarkan rawatan baru untuk hipertensi iaitu kombinasi
ubatan terapi daripada dua bahan aktif untuk memerangi penyakit itu.
Gabungan
Amlodipine Besylate dan Olmesartan Medoxomil menyumbang kepada kecekapan dan
keberkesanan terapi hipertensi untuk menurunkan tekanan darah dalam lapan
minggu berbanding monoterapi.
berbahay penyakit ni..kena amalkan cara hidup yg sihat
ReplyDeletea ah..amalkan selalu cara hidup sihat..:-)
Deletepenyakit 3 serangkai pun penyebab kepada stok kan? kena jaga kesihatan badan nie supaya sihat dan aktif hingga hujung nyawa.. :) terimas atas info pasal strok nie.
ReplyDeleteya..sama2..selalu jaga kesihatan..yg penting jaga pemakanan..sekarang banyak penyakit datang dari pemakanan yg tidak sihat
Deletebahaya nie lg2 term pembunuh secara snyap2 huhu
ReplyDeletebetul tu..jaga kesihatan dgn baik dan amalkan pemakanan yg seimbang..:-)
DeleteHarus jaga lingkungan dan kesehatan
ReplyDeletea ah..sentiasa jaga kesihatan diri dengan baik..:-)
Deletesilent killer kan..
ReplyDeletea ah..awas selalu dgn penyakit nie..elakkan pemakanan yg tidak sihat dan amalkan gaya hidup sihat
DeleteMintak dijauhkan penyakit seperti ini....
ReplyDeletemudah-mudahan dijauhkan..jaga kesihatan dan pemakanan yg seimbang..:-)
Delete