Masalah
jerawat dialami oleh 100 peratus populasi manusia yang mana 80 peratus dalam
kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke bawah.
Kulit
berminyak dan berjerawat disebabkan faktor intrinsik (dalaman) seperti ketidakseimbangan
hormon ketika peringkat remaja, ibu mengandung juga kesan sampingan penyakit
endokrin seperti sindrom polycystic ovari.
Kajian
menunjukkan sembelit berpanjangan
juga boleh mencetuskan masalah jerawat. Faktor ekstrinsik (luaran) yang menyebabkan
jerawat seperti kaedah penjagaan muka tidak bersih atau penggunaan produk tidak
sesuai, keadaan cuaca dan pencemaran.
Jerawat
merangkumi tiga faktor utama iaitu kelenjar minyak terlebih aktif, liang pori
tersumbat dan jangkitan bakteria pada kulit. Cara mengatasi jerawat menggunakan
ubat seperti antibiotik, vitamin A, krim antibakteria, produk muka berubat
mengandungi asid alpha hydroksi, asid salisylic, benzoyl peroxide, rawatan
chemical peel, rawatan denyutan lampu impuls (IPL) dan laser.
Paling
penting, mereka yang mengalami masalah jerawat dan kulit berminyak dinasihatkan
supaya tidak merawat sendiri atau melakukan rawatan wajah di salun kecantikan
sebaliknya berjumpa doktor pakar kulit estetik untuk rawatan yang terperinci.
Ini kerana jika tidak dirawat dan berlanjutan, ia boleh memberi kesan sampingan iaitu parut kulit yang kekal, tekanan emosi dan memberikan impak negatif kepada status sosio ekonomi seseorang lantas menyebabkan kemurungan.
saya pernah kena jerawt yg amat teruk semasa umur belasan tahun..
ReplyDeleterasa tertekan juga dgn masalah jerawat masa itu..rasa malu pun ada..
tp sekarang alhamdulillah jerawat tiada suda
klu jerawat sudah tiada itu bermakna hormon kita dah stabil..:-)
Deletesetuju tu...kalu stress tu leh sbbkan nek jerawat jgk tu :)
ReplyDeletea ah..sebab stress jugak boleh menyebabkan hormon jadi tak seimbang..:-)
Deletemmg x selesa klu ada jerawat... tambah2 jerawat batu..
ReplyDeletea ah..:-)
DeleteIka nak kongsi product penjagaan kulit..Jom lawat website ika di
ReplyDeletewww.zurieka.com
Saya ada masalah. Pipi saya tak seimbang. Belah kanan agak tebam. Yang kiri agak kurus sikit. Dulu tak pulak macam ni. Tapi tak taulah apa punca. Mungkin penulis tahu sebabnya?
ReplyDeleteperkongsian yang sangat menarik. :)
ReplyDeletekenapa darah jerawat semut urung eh? takot nye
ReplyDelete