HOLMES berdiri di depan
vannya yang dijadikan 'restoran' minuman teh di London pada 5 Disember lalu.
LONDON - Seorang wanita sanggup berhenti kerja dalam bidang pengiklanan semata-mata untuk menjual minuman teh dengan menggunakan sebuah van di sini.
Wanita itu, Emilie Holmes membelanjakan sebanyak £10,000
(RM16,035) untuk mengubah suai van Citroen H keluaran 1974 untuk dijadikan
'restoran' teh bergerak.
Holmes tidak membuat pinjaman bank untuk tujuan melakukan pengubahsuaian
van itu.
Dia menyiarkan rancangannya untuk membuka perniagaan teh itu
di laman Kickstarter di internet.
Laman itu menyediakan kemudahan untuk orang ramai membantu
membiayai perniagaan seperti Holmes.
Wanita tersebut berjaya memperoleh £14,000 (RM22,449) dalam
tempoh 25 hari.
Holmes memperoleh sumbangan daripada 372 orang di laman
tersebut.
Bagaimanapun, dia tidak perlu membayar balik wang tersebut. -
AFP
No comments:
Post a Comment