Penjagaan tanaman
Penjagaan
yang betul dapat menghasilkan tanaman hidup subur dan sempurna.Dengan itu tiada
lagi masalah pada tanaman seperti tidak membesar dengan sempurna,layu atau
mati.
Di bawah ini
merupakan teknik-teknik penjagaan tanaman yang tepat:
Merumput
- Perlu dilakukan bertujuan membuang pesaing tanaman
- Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok hendaklah dibuang menggunakan tangan atau alatan sesuai seperti serampang tangan
- Pada masa sama bagi mengelakkan ia bersaing dengan tanaman.
Menyiram
- Biasanya tanaman berbatang lembut memerlukan air yang lebih.
- Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu pagi dan petang.
Menggembur
- Bertujuan membaiki sistem pengaliran air tanaman itu sendiri.
- Menggembur juga membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan segera.
Membaja
- Bertujuan mengekalkan kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman.
- Ia boleh dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
- Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan.
- Tetapi membaja perlu dijauhkan sedikit daripada pangkal pokok.
Pengawalan
- Tanaman perlu dilindungi daripada serangan seperti serangga, siput dan kulat.
- Ia boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul.
Tksh..
ReplyDelete