KERETA sport Wang Jian
menjadi tumpuan pengguna jalan raya lain.
SUQIAN - Ekoran tidak mampu membeli sebuah Lamborghini
Reventon berharga sekitar AS$1.6 juta (RM4.9 juta), seorang petani di China
bertindak membina sendiri kereta sport berkenaan.
Petani tersebut, Wang Jian membina kereta itu daripada
beberapa bahagian badan dua kereta terpakai jenama Nissan dan Santana.
Dia yang menetap di sini, pernah bekerja di sebuah bengkel
kenderaan selama lebih 10 tahun.
Media China melaporkan replika Lamborghini Reventon itu
menelan kos 60,000 yuan (RM29,526) untuk dibina.
Kereta sport buatan sendiri itu boleh mencapai kelajuan 256
kilometer/sejam. - Reuters
No comments:
Post a Comment