expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 7 July 2012

Kastam Hong Kong rampas kokain RM311 juta
















GAMBAR menunjukkan kokain yang dirampas dipamerkan kepada wartawan pada sidang akhbar di Jabatan Kastam dan Eksais di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Beberapa pegawai Kastam Hong Kong semalam menyatakan bahawa mereka berjaya membuat rampasan dadah kokain paling besar di pulau ini.


Para pegawai itu yang mendapat maklumat daripada kastam Amerika Syarikat (AS) merampas 650 kilogram dadah kokain dengan nilai pasaran sebanyak AS$98 juta (RM311 juta) di dalam sebuah kontena kapal.


Kontena itu dibawa dari Ecuador dengan sebuah trak.


Trak itu dalam perjalanan ke sebuah kawasan industri di daerah New Territories pada Rabu lalu.


Pihak kastam memintas trak tersebut dan menahan tiga orang lelaki tempatan termasuk seorang pemandu.


"Ia merupakan rampasan kokain terbesar pernah dilakukan di Hong Kong," kata Ketua Biro Siasatan Dadah Kastam, John Lee kepada wartawan.


Menurutnya, para pegawai menemui 22 beg yang mengandungi 541 kepingan kokain dan setiap kepingan seberat 1.2 kilogram.


Lee berkata, dia percaya kebanyakan kokain itu akan dihantar ke negara-negara Asia Tenggara. 


Bagaimanapun dia menafikan bahawa Hong Kong merupakan laluan transit bagi penyeludupan dadah. - AFP
 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com