MESKIPUN
terpaksa menahan lapar dan dahaga pada siang hari sepanjang bulan Ramadan ini,
ia bukanlah alasan untuk kamu mengabaikan penampilan diri.
Berikut
beberapa tip menarik bagi mengelakkan wajah kusam dan tubuh badan kurang
bermaya sewaktu berpuasa.
1 Minum air
secukupnya - Jus buah-buahan adalah pilihan yang tepat untuk berbuka puasa
kerana kadar gula yang cukup untuk memberikan tenaga segera kepada tubuh.
Namun, jangan lupa untuk minum banyak air putih ketika bersahur dan berbuka
bagi mengelakkan dehidrasi.
2 Gizi
seimbang - Jauhi makanan yang mengandung kadar gula tinggi pada saat sahur,
kerana tubuh kamu akan cepat merasa lapar setelah makanan habis dicerna oleh
tubuh.
3 Rawatan
muka - Bagi mengelakkan muka kelihatan kusam, gunakan masker wajah untuk
memberi vitamin pada kulit kamu. Jika kekurangan bajet, kamu boleh membuat
masker sendiri dengan menggunakan putih telur.
4 Pelembap -
Pada bulan puasa, tubuh akan kekurangan kandungan air sehingga menyebabkan
kulit mudah kering. Oleh itu, gunakan pelembap wajah yang mempunyai kandungan
air yang tinggi.
5 Pelembap
bibir - Bibir kering, mengelupas dan pecah adalah masalah yang biasa berlaku
pada bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu selalu membawa pelembap bibir ke
mana-mana pun. Kamu juga boleh memilih pelembap yang berwarna bagi mengelakkan
bibir kamu kelihatan pucat.
6 Losyen
badan - Bukan sahaja wajah, kulit badan juga akan mengalami kekeringan akibat
kekurangan air. Kamu boleh menggunakan losyen yang mengandungi minyak almond,
zaitun atau shea butter untuk melembapkan seluruh badan.
7 Skrub -
Jangan lupa skrub wajah dan badan pada bulan puasa ini kerana kulit kering akan
menyebabkan lebih banyak sel kulit mati sehingga kulit kelihatan kusam.
No comments:
Post a Comment