LATIHAN dan
pendidikan yang ada pada Ramadan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika
adabnya dijaga dan dipelihara. Antara adab itu ialah:
Bersahur
pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya.
Nabi SAW bersabda: “Makanlah sahur kerana
sesungguhnya pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari) Zaid bin
Thabit pula menceritakan, “Kami pernah bersahur bersama Nabi kemudian kami
bangun untuk melakukan solat (Subuh). Kemudian Zaid bin Thabit disoal: Berapa
lama masa antara keduanya (iaitu di antara makan sahur dan solat Subuh)?
Berkata Zaid: Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Bersikap dermawan.
Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan: “Rasulullah orang paling dermawan dan beliau
lebih dermawan lagi di bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari)
Bertadarus
al-Quran secara konsisten.
Abdullah Abbas melaporkan: “Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan untuk bertadarus al-Quran dan Rasulullah lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat daripada angin yang berhembus.” (Hadis riwayat Bukhari)
Melaksanakan
solat Tarawih.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan kerana
beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah SWT, maka diampuni dosanya yang
lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Salamah bin Abdur Rahman meriwayatkannya, sesungguhnya dia bertanya kepada
Aisyah: “Bagaimana solat malam Rasulullah pada Ramadan? Aisyah menjawab:
Rasulullah tidak pernah melakukan solat malam lebih daripada sebelas rakaat,
baik pada bulan Ramadan atau pada bulan yang lain.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Beriktikaf
terutama pada 10 terakhir Ramadan.
Aisyah berkata: “Rasulullah mengamalkan iktikaf pada sepuluh hari terakhir pada
bulan Ramadan sehinggalah Baginda wafat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mengawal
nafsu, mengelokkan perangai serta memelihara lidah.
Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah SWT tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum.” (Hadis riwayat Bukhari)
INFO
Adab Ramadan
Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah SWT tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum.” (Hadis riwayat Bukhari)
INFO
Adab Ramadan
- Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya.
- Bersikap dermawan.
- Bertadarus al-Quran secara konsisten.
- Melaksanakan solat Tarawih.
- Beriktikaf terutama pada 10 terakhir Ramadan.
- Mengawal nafsu, mengelokkan perangai serta memelihara lidah.
No comments:
Post a Comment