expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 29 July 2012

Pencarian penawar mutlak HIV




TIMOTHY RAY BROWN, 47, menjadi satu-satunya manusia dalam sejarah yang sembuh daripada jangkitan HIV selepas menjalani pembedahan pemindahan sumsum tulang daripada individu yang kebal terhadap virus itu.


Dia disahkan menghidap HIV sekitar tahun 1995 ketika menuntut di Berlin, Jerman dan diberitahu hanya mampu hidup selama dua tahun lagi. 


Brown yang terkenal dengan jolokan ‘Berlin Patient’ berasal dari bandar raya Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS). Dia menjadi popular selepas beberapa doktor cuba mengaplikasikan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemia Brown.


Sejak tahun 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan sumsum selepas doktornya, Gero Huetter melakukan ujian ke atas lebih 70 penderma untuk menentukan keserasian mereka dengan Brown. Penderma itu juga menunjukkan keputusan negatif dalam ujian HIV. 


“Saya disembuhkan daripada HIV. Dahulu saya mempunyai HIV, tetapi kini tidak lagi. Saya menjadi bukti bahawa AIDS boleh diubati. Sungguh mengagumkan apabila dapat sembuh daripada jangkitan HIV,” kata Brown.


Kombinasi terapi antivirus yang muncul di pasaran dunia membolehkan jangkitan HIV yang dihidap berjuta-juta penduduk dunia dirawat. 


Terapi itu dapat mengekang kuman HIV di dalam badan Brown tetapi dia memilih untuk menemui seorang doktor pada tahun 2006 selepas mengalami kelesuan yang berpanjangan.


Gen CCR5


KIRA-KIRA 34 juta pesakit HIV/AIDS di seluruh dunia terus menanti ubat yang boleh menyembuhkan mereka secara mutlak.


Dia kemudian disahkan menghidap leukemia dan menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkannya mengalami pneumonia manakala darahnya mengandungi bakteria beracun.


Dalam usaha menyelamatkan nyawa Brown, doktornya, Huetter, mendapat idea untuk melakukan pembedahan pemindahan sumsum tulang dengan menggunakan penderma sel induk yang memiliki gen mutasi reseptor chemokine C-C jenis 5 (CCR5).


Mereka yang ada gen CCR5 kebal terhadap jangkitan HIV kerana sel mereka tidak boleh ditembusi virus tersebut. 


Namun, manusia yang mempunyai gen CCR5 jarang ditemui. Dipercayai cuma satu peratus penduduk dunia khususnya mereka yang tinggal di rantau Eropah Utara memiliki keupayaan tersebut.


Idea Huetter adalah untuk cuba menyembuhkan leukemia dan HIV menerusi pembedahan transplan itu. Prosedur itu berjaya dan Brown didapati bebas daripada kuman maut itu.


Brown pada Selasa lalu mengumumkan pelancaran Yayasan Timothy Ray Brown untuk meningkatkan penyelidikan ubat-ubatan di Washington, ketika AS menjadi tuan rumah kepada mesyuarat saintifik terbesar di dunia mengenai HIV/AIDS.


“Pada dasarnya saya merancang mencari penderma bagi mendapatkan dana untuk membantu penyelidikan,” kata Brown sambil menambah bahawa dia merancang untuk mengabdikan hidupnya dalam usaha mencari penawar kepada virus maut itu untuk orang lain.


“Saya berhenti mengambil ubat HIV pada hari saya melakukan pemindahan dan sejak itu, saya tidak pernah mengambil apa-apa ubat HIV lagi. Saya hidup untuk menjadi bukti bahawa mungkin terdapat penawar untuk AIDS,” jelasnya.
Seorang pengarah perubatan bank tali pusat, StemCyte di AS, Dr. Lawrence Petz memberitahu, julat kesepadanan antara si penderma dengan orang yang ingin diderma tidak perlu terlalu rapat.


Petz berkata, pemindahan sumsum tulang yang dijalani Brown menjadi rumit kerana sel stem darah datang daripada penderma dewasa.


“Apabila melakukan pemindahan sel stem, kesepadanan yang sangat rapat diperlukan antara penderma dan penerima tetapi dengan pemindahan melalui darah tali pusat, ia tidak memerlukan kesepadanan yang sebegitu. 


“Ia juga jauh lebih mudah untuk mendapatkan penderma yang sepadan,” ujar Petz.


Walau bagaimanapun, daripada 17,000 sampel darah tali pusat, hanya 102 daripadanya membawa gen yang kebal terhadap penyakit HIV. Untuk itu, Petz berkata, bank darah tali pusat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.


Pemindahan


“Buat masa ini, tiada cara lain yang dapat menyembuhkan beberapa pesakit selain menggunakan darah tali pusat,” beritahu Petz kepada Fox News.


Pemindahan darah tali pusat pertama ke atas pesakit HIV dari Belanda telah dijalankan beberapa minggu lalu dan pasukan Petz mempunyai satu lagi pemindahan yang telah diatur untuk seorang pesakit di Sepanyol akhir bulan ini.


“Ia akan mengambil masa yang lama sebelum penyelidik dapat mengenal pasti sama ada rawatan itu memberikan perbezaan kepada pesakit HIV. 


“Setakat ini tiada keputusan muktamad lagi, tetapi kami yakin proses ini bakal memberi faedah kepada pesakit,” beritahu Petz.


Sementara itu, dua cara utama dikenal pasti untuk mengubati penyakit AIDS berdasarkan kisah-kisah menakjubkan daripada sekumpulan kecil orang di seluruh dunia yang mendakwa telah berjaya mengatasi penyakit itu.


PENGAMBILAN ubat antiretroviral membantu pesakit HIV untuk terus hidup.


Walaupun terdapat kemajuan dalam merawat berjuta-juta orang dengan menggunakan ubat antiretroviral, pakar mengatakan penyembuhan adalah lebih penting. 


Ini kerana kadar jangkitan HIV mengatasi keupayaan pakar untuk mengubati pesakit berkenaan.


“Bagi setiap seorang yang memulakan terapi antiretroviral, dua individu baharu pula akan dijangkiti HIV,” ujar penyelidik daripada Institut Penyelidikan AIDS (IrsiCaixa) di Sepanyol, Javier Martinez-Picado pada Persidangan Antarabangsa AIDS di Washington, Selasa lalu.


Kira-kira 34 juta orang di seluruh dunia hidup dengan HIV dan telah menyebabkan kira-kira 30 juta kematian akibat AIDS sejak penyakit itu dikesan pada tahun 1980-an.


Dengan pengambilan ubat antiretroviral, ia membantu lebih ramai pesakit untuk terus menjalani kehidupan biasa berbanding sebelum ini, tetapi dadah jenis itu sangat mahal dan perlu diambil seumur hidup. 


“Saintis kini boleh membayangkan penawar daripada dua perspektif yang berbeza, sama ada dengan cara membasmi virus itu daripada badan seseorang atau membentuk badan pesakit untuk mengawal virus itu.


“Ini mungkin menjadi pesakit pertama yang pernah didokumenkan sembuh daripada jangkitan HIV,” rujuk Javier kepada Brown, pesakit HIV pertama yang sembuh daripada virus pembunuh itu.

1 comment:

  1. sesungguhnya saya sangat gembira untuk hidup saya; Nama saya Vargas cynthia maye, saya
    tidak pernah terfikir bahawa saya akan hidup di bumi sebelum tahun tamat. Saya telah menghidap penyakit berbahaya (HIV) untuk 5 tahun yang lalu sekarang; Saya telah
    membelanjakan wang yang banyak untuk pergi dari satu tempat yang lain, dari gereja-gereja

    untuk gereja-gereja, hospital telah kediaman saya setiap hari. cek berterusan sehingga menjadi hobi saya tidak sehingga Bulan lepas, saya telah mencari melalui internet, saya melihat bukti bagaimana DR. Ben membantu seseorang dalam menyembuhkan penyakit HIV beliau, cepat saya disalin e-mel beliau yang (drbenharbalhome@gmail.com) .Saya bercakap dengan dia, dia bertanya kepada saya untuk melakukan beberapa perkara tertentu yang saya lakukan, dia memberitahu saya bahawa dia akan menyediakan herba kepada saya, yang beliau lakukan, maka dia meminta saya pergi untuk pemeriksaan perubatan selepas beberapa hari selepas menggunakan penawar herba, saya bebas daripada penyakit ini boleh membawa maut, dia hanya meminta saya untuk hantar kesaksian melalui seluruh dunia, dengan setia am melakukannya sekarang, saudara-saudara sila, dia hebat, saya berhutang dalam hidup saya. jika anda menghadapi masalah yang sama hanya e-mel dia di (drbenharbalhome@gmail.com) atau hanya WhatsApp dia di: + 22893464014.He juga boleh menyembuhkan penyakit seperti Kanser, Diabeties, Herpes. Lain-lain Anda boleh menghubungi saya di email: vargascynthiamaye1995@gmail.com

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com