Penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che
Mat (kiri) dan penyerang berbisa, Safee Ali (kanan) antara tonggak utama yang
tidak dapat diturunkan kerana masih cedera.
SKUAD
Harimau Malaya bakal turun tanpa beberapa tonggak utama pada perlawanan
persahabatan menentang Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala
Lumpur, malam ini.
Ketiadaan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat; penyerang berbisa, Safee Ali dan K.Gurusamy, yang masih cedera, seolah-olah memberi gambaran skuad kebangsaan bakal berdepan laluan berliku.
Bagaimanapun, pengurus pasukan Malaysia, Datuk Subhan Kamal menegaskan, beliau mempunyai senarai pemain simpanan yang boleh menggalas tugasan tersebut.
“Khairul Fahmi masih belum sembuh dari kecederaan, Safee Sali pula mengalami kecederaan buku lali yang bengkak. Tapi itu tidak menjejaskan keyakinan anak buah Datuk K. Rajagobal untuk beraksi cemerlang nanti.
“Kita sentiasa ada barisan pemain simpanan yang mantap. Dan, saya yakin mereka mampu mengalas tanggujawab itu dengan baik dan tidak akan mengecewakan semua orang," kata Subhan kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengalami nasib yang sama setelah tewas 0-4 kepada Arsenal tahun lepas, Subhan menjelaskan, beliau yakin pasukan negara akan mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri malam ini.
“Tahun lepas kita kalah sebab tidak mempunyai kesefahaman dengan pasukan Arsenal.
“Tapi, pada perlawanan malam ini, saya yakin kita akan memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding tahun lepas. Ini berdasarkan prestasi pemain yang kini berada dalam keadaan baik dan meningkat.
“Jadi, tidak mustahil kita mampu menyekat serangan Arsenal dan mencatat keputusan seri nanti," katanya.
Dalam pada
itu, katanya, kira-kira 50,000 penyokong Harimau Malaya dijangka membanjiri
Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Subhan
berkata, melihat daripada jualan tiket sokongan daripada penyokong amat
memberangsangkan.
"Berdasarkan
maklumat jualan tiket, kira-kira 50,000 telah terjual. Dan saya yakin sorakan
di Stadium nanti pasti meriah.
"Namun,
saya berharap kehadiran penyokong di sana nanti bukan semata-mata ingin melihat
pasukan Arsenal bermain, tetapi sebaliknya memberi sokongan kepada pasukan
Malaysia.
"Ini kerana ia akan memberikan semangat kepada pasukan bimbingan Datuk Rajagobal untuk beraksi menentang salah sebuah pasukan yang terkemuka di Eropah itu," kata Subhan.
No comments:
Post a Comment