TIKAR AJAIB... berharga kurang
RM3,000, pemilik boleh berjalan di atas air.
JIKA anda
sudah memiliki sebuah rumah yang cantik, garaj yang penuh dengan kereta mewah
dan kapal layar di limbungan kering, sukar bagi anda untuk menginginkan sesuatu
yang lain.
Pada masa
itu, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengunjungi Hammacher Schlemmer,
syarikat katalog paling eksklusif di dunia.
Ketika keadaan ekonomi semakin teruk, syarikat itu mungkin terbukti syarikat yang paling kalis kemelesetan kerana ia memasarkan barangannya secara langsung kepada golongan kaya raya yang tidak pernah berdepan dengan masalah kewangan untuk mendapatkan gajet dan kelengkapan terbaru.
Bersama-sama dengan beberapa
pesaing seperti Brookstone dan The Sharper Image, Hammacher Schlemmer berjaya
berada di depan sejak beberapa tahun lalu dengan menyasarkan pelanggan tertentu
saja.
JAMU SELERA SAMBIL BELAYAR... bot barbeku berharga RM24,000 yang boleh memuatkan 10 orang lengkap dengan tempat memanggang.
Apabila
seorang bilionair yang teruja melihat inovasi seperti bot barbeku dan lorong
boling manusia, dia tahu dia perlu memilikinya.
SANTAI... Motosikal cahaya berharga RM150,000.
Anggota Platinum kelab eksklusif satu peratus itu tidak kebal daripada perasaan bosan. Apa lagi yang lebih baik untuk membantu mereka menangani masalah itu daripada menaiki kapal selam gaya Free Willy dengan bentuk ikan jerung yang boleh memuatkan dua orang dan berharga AS$100,000 (RM300,000)? Untuk menambahkan lagi keseronokan bermain di air, mereka boleh membeli tikar yang boleh terapung dengan harga AS$1,000 (RM3,000) atau menjamu selera dalam bot barbeku yang boleh memuatkan 10 orang berharga AS$8,000 (RM24,000).
FREE WILLY... kapal selam berharga RM300,000.
Golongan satu peratus itu yang sudah bosan dengan jet atau helikopter peribadi sentiasa boleh menukar selera dengan hoverkraf yang boleh terbang berharga AS$190,000 (RM570,000). Harga itu sama dengan yuran pengajian selama empat tahun di sebuah universiti swasta terkenal.
TINGGI... hoverkraf terbang yang berharga RM570,000.
Tidak semua
permainan canggih untuk orang dewasa itu mencecah harga enam angka. Antara
pilihan yang berharga sederhana ialah gelanggang hoki ais, sepasang kasut
luncur elektrik yang harganya hanya AS$700 (RM2,100).
HIBRID... kasut luncur elektrik berharga RM2,100.
Kini, jika anda tergolong dalam kumpulan orang kaya, anda tidak perlu lagi melonggokkan anak-anak ke dalam limosin dan mengarah pemandu membawa mereka ke taman air pada musim panas.
Dengan harga
AS$8,000, taman air itu, lengkap dengan gelungsur dan boleh dipam dan dipasang
di marina peribadi anda.
SERONOK...gelongsor
air hanya RM24,000.
Untuk menjadikan impian anak-anak bermain menjaja ais krim, ada kereta sorong khas berharga AS$4,000 (RM12,000). Uniknya, ia boleh menghasilkan ais sehingga 227 kilogram sehari.
Golongan kaya yang gemarkan kelajuan boleh menunggang dengan bangga Basikal Ringan yang berharga AS$50,000 (RM150,000). Meskipun basikal itu kelihatan seperti di dalam filem Tron, kenderaan itu yang boleh ditunggang di jalan raya direka hanya untuk keseronokan.
Siapa kata permainan itu hanya untuk kanak-kanak. Golongan jutawan yang suka bermain biliard dan kereta klasik Amerika boleh menikmati kedua-duanya dengan meja biliard Mustang berharga AS$9,995 (RM29,900), lengkap dengan roda dan badan kereta berwarna merah menyala.
HOBI MAHAL... meja biliard berharga RM29,900.
Begitu juga, peminat permainan video klasik boleh dengan bangga memiliki meja koktel Pac-Man berharga AS$3,500 (RM10,500).
No comments:
Post a Comment