expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 24 July 2012

Google bantu perangi jenayah




CALIFORNIA 22 Julai - Aplikasi enjin carian popular, Google akan membantu dalam membanteras jenayah antarabangsa di alam maya.


Google kini bekerjasama dengan pertubuhan pembanterasan jenayah antarabangsa untuk mencari 'pintu belakang' kepada kumpulan pengganas, pengedar dadah dan penyeludupan manusia antarabangsa.


Anak syarikat aplikasi enjin carian itu, Google Ideas akan bekerjasama dengan agensi penganalisis, Majlis Hubungan Luar dan pertubuhan pembanterasan untuk mencapai tujuan tersebut.


Sindiket dadah, penyeludupan manusia dan kumpulan jenayah terancang dilaporkan kini menggunakan teknologi tinggi di Internet untuk menyembunyikan kegiatan serta identiti mereka daripada penguatkuasa undang-undang.


Pertubuhan pembanterasan jenayah global juga berharap, teknologi Google akan menjadi kunci dalam 'menembusi' teknologi digunakan oleh kumpulan jenayah tersebut.


Pegawai Google dan pertubuhan terlibat telah mengadakan pertemuan pada minggu ini untuk membentuk strategi bagi memerangi jenayah global.


Felo Kanan Majlis Hubungan Luar, Stewart Patrick berkata, ia mungkin terkeluar daripada tujuan asal Google, tetapi syarikat teknologi kini mempunyai peralatan yang mampu membawa ketelusan kepada jaringan tersembunyi dan memerangi penyelewengan sertamembantu pihak berkuasa membanteras jenayah transnasional.


"Kita semua tahu penjenayah menggunakan Internet, tetapi kini kita boleh katakan Internet juga membantu membanteras jenayah," kata Profesor Madya Antropologi di Pomona, Pardis Mahdavi yang membantu Google dalam mencapai hasrat tersebut. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com