Bukan
saja suasana dapur yang kemas tapi selamat dan praktikal
“RUANG dapur boleh dianggap nadi kediaman terutama bagi keluarga besar. Tidak hairanlah, faktor keluasan dapur, kedudukan dan pelan lantai sesuai menjadi syarat penting ketika meninjau prospek memiliki kediaman. Artikel kali ini tampil dengan ciri-ciri penting mengenai binaan kabinet dapur dengan pelbagai tip atau panduan yang boleh dikongsi pembaca dalam merancang atau mengubah suai dapur”
DAPUR adalah antara ruang penting dalam setiap rumah. Ia bukan sekadar tempat memasak atau menyediakan makanan, tetapi di sini juga boleh menjadi tempat pertemuan sesi keluarga, berbual sambil bertukar fikiran mengenai hal kekeluargaan, kerja atau peribadi.
Sesetengah orang menjadi dapur sebagai tempat untuk mencari ilham, menenangkan diri, melapangkan fikiran sambil menghirup secara kopi atau teh panas. Pendek kata, dapur juga menjadi tempat ‘sosial’ kepada sesi keluarga.
Hari ini dalam setiap rumah moden, membina kabinet dapur menjadi satu kebiasaan. Ia bukan saja untuk menjadikan suasana dapur yang kemas tetapi selamat dan praktikal.
Oleh kerana dapur menjadi tempat yang sering ‘dikunjungi’ oleh setiap sesi keluarga, ruang dan pembinaan kabinet dapur haruslah tidak mengabaikan ciri-ciri keselamatan, terutama kepada kanak-kanak.
Ia seharusnya tidak terlalu sempit sehingga menyukarkan pergerakan dalam setiap aktiviti ketika di dapur. Selain faktor kekemasan binaan, perkara lain seperti lantai, peralatan, reka bentuk kabinet sehingga kepada bentuk kunci bagi almari kabinet dapur adalah antara aspek keselamatan yang diambil kira.
Info:
* Pastikan jubin dapur bukan daripada seramik licin. Percikan air atau minyak di atas lantai jubin yang licin ini boleh mengundang kecelakaan. Pilih jubin dengan permukaan agak kasar dan ada cengkaman lebih baik. Penggunaan kayu sebagai lantai dapur juga pilihan yang baik.
* Pastikan laci dan pintu almari kabinet mempunyai ‘ruang’ untuk jari tangan untuk membukanya. Laci yang banyak mengundang perasaan ingin tahu kanak-kanak.
* Pastikan ada ruang khas untuk menyimpan peralatan berbahaya seperti pisau, gunting, pemecah ais. Elak daripada boleh dicapai kanak-kanak. Rak penyimpanan bermagnet adalah idea paling sesuai menempatkan pelbagai barangan tajam dan berbahaya ini. Anda juga harus mengelak daripada menggunakan tombol atau pemegang pintu almari kabinet atau laci dengan hujung tajam. Carilah tombol atau pemegang pintu berbentuk bulat.
* Jika kabinet dapur hendak dilengkapi ketuhar, sebaik-baiknya ia berada pada kedudukan tinggi supaya tidak boleh dicapai kanak-kanak. Kabinet bahagian atas, seelok-eloknya tidak terlalu tinggi sehingga menyukarkan anda mengambil barang dan mengelak barangan jatuh menimpa anda.
* Setiap laci barangan mestilah dilengkapi alat penghadang bagi mengelakkan laci daripada terkeluar apabila ditarik.
* Tungku dapur memasak pada kabinet dapur sepatutnya jauh daripada tingkap. Peti sejuk juga mesti diletakkan agak jauh kerana haba dapur boleh menjejaskan suhu peti sejuk. Sinki yang berada terlalu jauh dengan dapur juga dianggap kurang praktikal.
No comments:
Post a Comment