expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 21 July 2012

Rosakkan pakaian demi seni
















ANTARA detik Trash The Dress yang pernah dirakamkan ialah aksi sepasang suami isteri saling menyimbah wain merah.


LONDON: Walaupun kebanyakan wanita mahu memastikan pakaian pengantin mereka berada dalam keadaan terbaik, sesetengah yang lain sengaja merosakkannya atas nama seni.


Amalan aneh dikenali sebagai Trash The Dress itu semakin popular di seluruh dunia, dengan ramai wanita menempah jurugambar bagi merakamkan gaun pengantin mereka dirosakkan. Tujuannya - mencipta imej kontras yang berkesan bagi mengiringi keindahan gaun pengantin yang dipakai mereka. Hasil daripada kerja seni itu memang dramatik.


Gambar yang tercipta juga seakan imej yang sering dipaparkan dalam majalah fesyen popular. Pelbagai lokasi dipilih untuk mengabadikan detik itu, termasuk pantai, tempat pembuangan sampah, bangunan tinggal dan jalan raya. Pengantin mungkin ditonjolkan dalam siri gambar yang pelbagai, atau jika tidak, hanya menggunakan satu gambar. Biasanya, apa yang diingini pengantin perempuan hanyalah imej yang unik dan luar biasa untuk menghiasi dinding rumah mereka. Satu rencana mengenai kecenderungan itu terbitan Persatuan Wartawan Perkahwinan menyatakan, gambar begitu turut digemari pengantin lelaki. Menurut penulisnya, pasangan pengantin mahu majlis perkahwinan mereka dikenang melalui gambar yang istimewa.




 



















SEMAKIN ramai pengantin sengaja memusnahkan pakaian mahal mereka untuk mendapatkan gambar menarik.


“Mereka mahu detik spontan dirakam dan pada masa sama, pasangan terbabit juga mahu jurugambar yang mampu menghasilkan imej kreatif dalam sesi bergambar,” kata penulis rencana itu.


Disebabkan keinginan itu, kata rencana berkenaan, pasangan pengantin di seluruh dunia memakai gaun perkahwinan mereka untuk memasuki gua, berjalan di taman hiburan terbiar, merayau di ladang jagung atau meredah hutan.


Imej pengantin yang disimbah wain merah, misalnya, dirakam jurugambar Jeff Cooke, baru-baru ini.


Kata Cooke, pasangan itu hanya dikenali sebagai Bri dan Greg mengatur sesi fotografi bagi memperingati ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Satu lagi imej dirakam Cooke menunjukkan seorang wanita mengecat gaunnya dengan warna hitam. Seperti dapat disaksikan pada gambar itu, wujud “keghairahan, tenaga dan emosi” ketika aksi itu dirakamkan. Sebagai bukti amalan berkenaan begitu popular, majlis besar-besaran Trash The Dress pernah diadakan di Belanda pada September 2009 dengan lebih 150 wanita menyertainya. - DM

2 comments:

  1. Fuh siap terbakor le pulak ek.. omputih memang sporting bab2 mcm ni.. kalau buat kat Malaysia, habis kena cemuh.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..sebab tak sesuai dgn budaya kita la..tak semua budaya barat kita boleh ikut..klu buat cam nie mesti membazir kan..:-)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com