expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 24 July 2012

Penyu pertaruh pemain sedia ada


















Manaf (kanan) dijangka segera pulih bagi memperkuat cabaran skuad Penyu pada kempen Piala Malaysia, Ogos ini.


TERENGGANU belum pasti menggunakan khidmat beberapa pemain pinjaman untuk menghadapi kempen Piala Malaysia yang akan bermula selepas Aidilfitri nanti.


Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh berkata, ini kerana pemain-pemain pilihan yang menjadi rebutan di kalangan pasukan yang bertanding sudah dipancing pasukan lain.


Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, skuad Penyu berkemungkinan memberi perhatian sepenuhnya kepada pemain sedia ada.


Che Mat turut yakin beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan seperti pemain tengah, Reeshafiq Alwi, Abdul Manaf Mamat (penyerang) dan Sharbinee Allawee (penjaga gol) dijangka akan sembuh menjelang perlawanan itu.


Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Kerajaan Negeri sedia menggunakan khidmat pemain luar untuk memantapkan pasukan Terengganu sekiranya berjaya melangkah ke saingan Piala Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com