SEORANG ahli arkeologi melakukan
kerja-kerja dekat rangka manusia di sebuah kubur di biara Sant'Orsola di
Florence kelmarin yang dipercayai wanita dalam lukisan Mona Lisa.
FLORENCE -
Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen
biara Sant'Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona
Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci.
Sebelum ini
beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam misi mencari kubur
model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del
Giocondo iaitu Lisa Gherardini.
Kerja-kerja
untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali,
Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu.
Ia dilakukan
selepas dokumen terbaharu yang ditemui mengesahkan Gherardini pernah tinggal di
biara tersebut selepas kematian suaminya.
Rangka-rangka
manusia itu akan dikaji bagi mengetahui sama ada ia kepunyaan Gherardini.
Selepas
identiti rangka manusia itu diketahui, kerja-kerja untuk membentuk semula
mukanya akan dilakukan selama dua bulan.
Kebanyakan
ahli sejarah bersetuju bahawa Gherardini merupakan model untuk lukisan Mona
Lisa.
Lukisan itu
dihasilkan antara tahun 1503 dan 1506.
Ketika ini
lukisan tersebut dipamerkan di Muzium Louvre, Paris. - AFP
No comments:
Post a Comment