API di lubang ini sudah bernyala
selama 41 tahun.
BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa
mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.
Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan
gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka
sejak tahun 1971 hingga sekarang.
Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas
ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.
Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak.
Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari
ini.
Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era
Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah
menggunakan jentera berat.
Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena
permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan
menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.
Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang
bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya.
Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat.
Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.
Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah
artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa.
Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa
mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta
tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang
bertahlil.
Rakaman
LOKASI Derweze, Turkmenistan.
Bunyi rakaman yang didakwa daripada Pintu Neraka itu masih
boleh didengar di Youtube dengan pengendali klip video itu mendakwa ia
sebenarnya suara roh orang mati di alam barzakh.
“Ia cukup menakutkan kami tentang kehidupan yang terdapat di
lubang itu,” jelas ketua projek di Derweze, Dr. Dmitri Azzacov.
Azzacov menggunakan sejenis mikrofon sensitif yang berperanan
mendengar bunyi atau pergerakan di dalam bumi.
“Apa yang kami dengar ibarat satu perkara logik yang tidak
masuk akal. Saya seorang pengikut setia fahaman komunis yang tidak mempercayai
agama dan hari pembalasan.
“Tetapi setelah mendengar jeritan itu saya mula mempercayai
adanya Tuhan serta soal dosa dan pahala,” kata Azzacov.
Dia juga melihat pada waktu malam gas terang berbentuk
seperti jin yang mempunyai dua sayap pada bahagian kiri dan kanan badannya
terbang.
“Kejadian itu menakutkan sehingga ramai penduduk bertempiaran
lari,” kata seorang saksi, Bjarne Nummedal yang mengatakan lembaga itu hilang
beberapa minit kemudian.
Namun, misteri itu disangkal oleh sebuah laman berita
www.truthorfiction.com yang mengatakan kisah tersebut rekaan semata-mata dan
disensasikan oleh media pada awal 1990-an.
Menurut wartawan laman web itu, Rich Buhler, lubang itu
sememangnya wujud tetapi ia terhasil disebabkan simpanan gas asli yang besar di
Derweze.
“Mereka menyalakan api untuk memastikan gas asli yang
tercemar itu tidak merebak dan membahayakan masyarakat sekeliling. Soal jeritan
seperti penghuni neraka itu tidak benar sama sekali,” katanya.
Ujarnya, cerita itu sengaja direka oleh kumpulan pelampau
agama untuk menakut-nakutkan manusia.
“Artikel itu memang ada disiarkan oleh akhbar Ammennusatia
tetapi ia berdasarkan surat pembaca yang menulis pengalamannya.
“Setelah disiasat, penulis artikel berkenaan juga tidak dapat
dikesan manakala cerita itu ditokok tambah,” kata Buhler.
Malangnya, Buhler tidak cuba mencari Azzacov serta menguji
kebenaran foto dan rakaman suara aneh itu.
No comments:
Post a Comment