KOENIGSBAUER...Office lebih
bersepadu.
MICROSOFT
Office bukan sesuatu yang asing dalam dunia perkomputeran.
Sebut saja
perkataan Office pun, kebanyakan pengguna akan mengingati produk perisian yang
digunakan turun-temurun sebagai aplikasi produktiviti atau kerja harian seperti
menulis dokumen, melakukan pembentangan digital atau kerja pengiraan menerusi
Word, PowerPoint atau Excel.
Walaupun
pengguna memiliki komputer di depan mata, adakah ia lengkap tanpa Office? Nasib
baik, Office tidak ketinggalan seiring perkembangan digital apabila ia sentiasa
dikemas kini bagi memastikan aplikasi dan ciri yang menepati kehendak
perkomputeran masa kini.
Mengikut definisi Wikipedia, Microsoft Office dikategorikan sebagai set perisian pejabat yang terdiri daripada program produktiviti direka pengeluar sistem operasi terkemuka, Microsoft.
Pembangunan produk yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows atau berupaya digunakan walaupun anda memiliki sistem perkomputeran Mac OS dan Mac OS X buatan Apple itu memiliki ciri khas dikhususkan untuk pelbagai kerja harian.
Apabila berbicara mengenai Office, ramai yang menjangkakan tiada apa perubahan boleh dilakukan untuk mengubah perisian itu.
Secara logiknya, tiada perubahan yang perlu dilakukan dan cukup sekadar mengekalkannya sebagai aplikasi kerja pejabat merangkumi Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote.
Jangan cepat membuat andaian, memandangkan ciri baru pada Office 2013 yang dilancarkan di San Francisco, Amerika Syarikat baru-baru ini ternyata memberi makna betapa teknologi mampu merubah sesuatu yang biasa kepada luar biasa.
BALLMER...Office inovasi tercanggih Microsoft.
Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer, sendiri beranggapan Office 2013 antara inovatif paling maju dalam sejarah syarikat itu.
“Kami menganggap perisian Office baru sebagai produk paling inovatif pernah dilancarkan Microsoft,” katanya.
Office 2013 baru memanfaat sepenuhnya kaedah menaip atau menyunting kerja sekiranya anda menggunakan tablet atau peranti berasaskan sentuhan yang lain, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan pengguna sebelum ini.
“Pengenalan Office adalah acara paling dinantikan selepas Microsoft sudah lama tidak memperkenalkan fungsi baru kepada perisian terbabit,” kata Ballmer.
Seterusnya, beliau memaklumkan, Office akan memanfaatkan perkhidmatan ‘cloud’ sepenuhnya pada masa depan di samping kesepaduan dengan Windows 8.
Dua ciri besar yang ditonjolkan ketika pengenalan Office 2013 itu tertumpu kepada ‘cloud’ dan jaringan sosial.
Dengan akses di mana saja menggunakan PC, telefon pintar atau pelayar web, Microsoft Office 2013 membantu syarikat untuk memaksimumkan pelaburan yang sedia ada dengan meningkatkan tenaga kerja tambahan secara digital untuk mencari dan berkongsi maklumat perniagaan dari lokasi berbeza beroperasi secara 24 jam.
Mereka dapat menutup jurang teknologi dengan penyelesaian Microsoft yang memberikan anda kepintaran dalam penggunaan komputer kerana pengguna dapat memanfaatkannya sebagai kerja harian dan pilihan untuk pengurusan peribadi bertepatan dengan arus perubahan teknologi.
Salah satu kelebihan Microsoft Office 2013 baru menyerlahkan keupayaan pengguna menyunting dokumen mereka pada PC lain dan menyemak semula dokumen terbabit menggunakan PC lain yang turut diakses melalui telefon pintar atau pelayar web dan perubahan dilakukan akan muncul sebagaimana dikehendaki.
KONGSI...e-mel
anda boleh disunting rakan.
Mana tidaknya, satu bilion peranti mudah alih akan digunakan di dunia pada 2016 manakala 350 juta daripada angka terbabit diguna pakai di tempat kerja.
Itulah kuasa ‘cloud’ yang mana pengguna akan memperoleh kira-kira 25gb simpanan data percuma melalui SkyDrive.
Selain itu, Microsoft turut mengetengahkan ciri laman sosial yang dimuatkan bersama dalam usaha memastikan pengguna memanfaatkannya untuk berhubungan serta menarik pelanggan baru, namun pada sama mengekalkan perisian ‘desktop’ yang relevan di dunia ‘online’.
Ia dinamakan SharePoint yang bersedia digunakan terutama membabitkan komunikasi antara pekerja dalam sebuah organisasi.
Dengan perubahan yang sudah semakin meluas dalam rangkaian sosial dan aplikasi web, Microsoft membawakan Office baru dalam usaha memastikan kaedah paling mudah untuk melakukan kerja harian yang fleksibel dan berkos efektif.
Pekerja boleh melakukan sidang video melebihi lima pekerja dari tempat yang berbeza pada satu masa dan sesiapa saja boleh memaparkan nota atau pembentangan ketika sidang dilakukan seterusnya dokumen terbabit boleh disunting terus oleh kelima-lima individu tadi.
Bukankah ia inovasi yang baik? Anda tidak perlu keluar dari pejabat untuk menghantar dokumen yang disiapkan bagi disemak orang atasan.
Hanya hubungkannya dengan SharePoint dan individu lain boleh menyemak dokumen serta menyatakan perubahan yang perlu anda lakukan, semuanya secara langsung walaupun beribu batu jauh lokasi dua tempat terbabit.
Naib Presiden Korporat Microsoft, Kirk Koenigsbauer berkata, selain aplikasi pejabat terasnya, jenama Microsoft Office turut merangkumi sistem yang digabungkan ke pelayan berkaitan dan perkhidmatan berasaskan web.
“Microsoft Office bukan asing bagi pengguna di dunia, malah boleh dikatakan kebanyakan masyarakat menggunakannya dalam kerja seharian membabitkan pengurusan dokumen,” kata Koenigsbauer.
Jumlah pengguna Officenya kini mencecah satu bilion di seluruh dunia berbanding 500 juta sebelum versi 2010 yang membayangkan betapa pentingnya potensi perisian dalam kehidupan tanpa kertas.
Menurut Koenigsbauer, beberapa ciri dalam Microsoft Office 2013 termasuk kemudahan menyunting foto dan video dimuatkan berasaskan perkembangan digital yang memerlukan dua elemen terbabit turut disertakan dalam pembentangan dokumen pada hari ini mengurangkan penggunaan perisian ketiga untuk melakukannya.
“Elemen foto dan video akan mendominasi apa saja kandungan yang wujud di dunia pada 2013 bermakna pengguna perlu bersedia dengan perisian Microsoft Office perlu seiring perkembangan semasa ini,” katanya.
Sebelum ini, laporan berkaitan elemen foto dan audio, penyelidikan Gartner turut memaklumkan, hampir 25 peratus pekerja menghabiskan masa mereka melakukan kerja yang tidak produktif seterusnya mengakibatkan kerugian jangka panjang kepada perniagaan seperti pemindahan suntingan gambar terpaksa dilakukan melalui pihak ketiga.
“Oleh itu, pembangunan Microsoft Office 2010 disasarkan untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan pelajar seterusnya menjimatkan kos secara efektif namun pada masa sama memudahkan pengguna menggunakan perisian itu,” katanya.
Meskipun banyak ciri yang diperkenalkan Microsoft Office 2013, gergasi perkomputeran itu mengakui ia tidak sesukar untuk diadaptasi pengguna memandangkan ia memiliki antara muka paling mudah untuk digunakan tanpa memerlukan latihan khas.
“Selain manfaat kepada pengguna, syarikat turut berupaya menetapkan versi SharePoint sendiri yang beroperasi khusus untuk perhubungan dalaman syarikat bagi menggalakkan komunikasi menggunakan keupayaan Web 2.0.
UBAH...fungsi sunting dalam PowerPoint.
Malah, PowerPoint kini tampak lebih menarik apabila pengguna mampu menyunting foto atau melakukan stream video yang disalurkan dalam fail pengguna,” katanya.
Antara ciri baru dalam Office 2013 termasuk:
Word 2013
Mod Baca Anda boleh membaca dokumen melalui pertunjukan ‘slide’ malah boleh memecahkan teks anda kepada bahagian tertentu seakan sebuah majalah.
Zum objek dalam Mod Baca, anda boleh klik pada mana-mana objek dua kali ganda.
Jadi jadual, carta, gambar dan video kini dimanfaatkan dengan saiz skrin penuh.
Teruskan Membaca Dengan SkyDrive, anda boleh meneruskan pembacaan dokumen pada peranti tanpa perlu bermula dari muka surat pertama.
Komen dan Balas Kerjasama dokumen? Word 2013 sekarang memungkinkan individu lain memberi komen kepada dokumen yang ditaip.
‘Template’ dan Alat Seperti biasa, versi baru Word bermaksud ‘template’ baru untuk digunakan seperti laporan tahunan, kalendar foto keluarga, sijil dan sebagainya.
Suntingan PDFWord 2013 akan membolehkan anda untuk membuka dan melihat fail PDF serta menyunting fail terbabit.
Antara Muka Percubaan untuk memasukkan sesuatu objek (carta, foto, jadual, video dan sebagainya) dalam dokumen anda tidak lagi akan menyebabkan masa terbuang akibat saiz yang berlebihan. Apa yang anda perlu lakukan adalah menggunakan panduan muat skrin yang muncul pada halaman untuk menempatkan objek mengikut kehendak saiz tertentu.
PowerPoint 2013
Skrin Mula Pilihan memulakan pembentangan dengan ‘template’ yang Banyak Panduan Susunan Sekali lagi, seperti Word, PowerPoint 2013 juga memanfaatkan sistem susunan objek yang lebih baik.
- Lebih reka bentuk
Beberapa pilihan reka bentuk untuk menentukan ‘point’ dan sebagainya kini ditambah Zoom slide Direka untuk membantu membawa beberapa tumpuan ketika pembentangan anda. Anda boleh dwi klik pada gambarajah, carta atau grafik yang boleh zum.
- Navigasi grid
Pilihan menentukan nota pembentangan tertentu saja kepada penonton Komen dan Balas Sama seperti dengan Word 2013, terdapat sistem komen yang agak kemas dengan PowerPoint. Klik dalam margin dokumen dan tambah komen. Klik pada komen orang lain dan anda boleh membalas komen mereka.
- Suntingan pembentangan
Anda dan orang lain boleh menyunting dokumen PowerPoint secara terus tanpa
perlu ke PC tertentu saja.
OUTLOOK...banyak
perubahan.
Outlook 2013
- Exchange ActiveSync
Menggabungkan kalendar, hubungan dan banyak lagi melalui akaun Hotmail atau Gmail.
- Rekaan baru
Lebih kemas, lebih sosial, anda boleh ‘ping’ kemas kini laman sosial rakan seperti LinkedIn dan facebook.
- Perkongsian kalendar
Kongsi jadual anda dari antara muka Outlook kepada orang lain People Card Mengelakkan salinan hubungan anda.
- Menu cuasa
Pertama kali diperkenalkan kepada pengguna.
OneNote
- Aplikasi OneNote
Benarkan perkongsian fail ke peranti lain seperti Windows Phone, Android dan iOS.
- Fail dimampat bersama
Dokumen anda yang mengandungi teks, foto, video, dokumen Excel dan sebagainya boleh dipindahkan tanpa menyalin terlalu banyak fail.
- ‘Inking’
Dakwat ‘digital’ ini membenarkan anda menggunakan jari atau pen stylus untuk merubah dokumen menerusi beberapa warna.
Excel 2013
- Susunan
Anda boleh menyaksikan susunan data yang lebih kemas dan mudah dilihat secara automatik
- Carta
Excel akan menawarkan carta tertentu selepas anda memasukkan data.
- Kongsi
Selepas menyiapkan dokumen Excel, anda boleh berkongsinya secara ‘cloud’.
No comments:
Post a Comment