AKTIVITI menakjubkan
planet Musytari Panas dapat dilihat jelas melalui rakaman dari pusat kajian
Hubble Space.
SEKUMPULAN ahli astronomi menemui perkara baharu mengenai
planet Musytari Panas dengan menggunakan kaedah yang sama seperti teknik
rakaman cahaya bintang.
Dipanggil sebagai 'pemerhatian tiada tara', saintis dapat
mengesan perubahan signifikan di atmosfera Exoplanet HD 189733b (label khas
planet tersebut).
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dapat
memerhati letupan bintang yang mengeluarkan pancaran sinar-x yang kuat.
Kekuatannya cukup untuk meletupkan sebahagian atmosfera HD 189733b.
"Jarak gelombang berganda yang digunakan oleh pusat
kajian Hubble Space memberikan kita pandangan yang tidak pernah berlaku
mengenai interaksi antara letupan bintang aktif dan atmosfera planet
gergasi," kata salah seorang penyelidik.
Exoplanet HD 189733b terletak sejauh 63 tahun kelajuan cahaya
dari Bumi. Jarak yang sangat dekat itu memudahkan ia dilihat dengan menggunakan
teropong.
Saiz dan persekitarannya lebih kurang sama dengan Musytari.
Disebabkan ia terlalu dekat, para astronomi menjadikan ia sebagai subjek untuk
kajian penyebab proses pelepasan atmosfera.
Dalam kajian sebelum ini, sebuah kumpulan pengkaji di
Perancis menggunakan teleskop Hubble Space bagi mendokumen gas hidrogen yang
terlepas dari atmosfera luar HD 189733b.
Penemuan itu menjadikan planet tersebut yang kedua diketahui
boleh melakukan penyejatan pada waktu itu.
No comments:
Post a Comment