Sedutan imej yang menggambarkan
kekayaan dunia melibatkan 139 negara, mencecah AS$9.4 trilion.
LONDON –
Kumpulan elit global yang kaya-raya dipercayai telah mengelak daripada membayar
cukai sekurang-kurangnya AS$21 trilion (RM67 trilion) sehingga akhir 2010,
demikian menurut kajian didedahkan oleh The Price of Offshore Revisited,
semalam.
Jumlah itu
dilaporkan sama saiz dengan gabungan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.
Laporan The
Price of Offshore Revisited disediakan oleh bekas pakar ekonomi di firma
khidmat runding McKinsey, James Henry bagi Tax Justice Network, lapor BBC.
Bagaimanapun
pakar cukai dan penasihat kerajaan United Kingdom, John Whiting berkata, beliau
sangsi dengan angka itu yang dilihat terlalu besar.
Henry dalam
laporan itu berkata, AS$21 trilion (RM67 trilion) sebenarnya "angka
konservatif" dan jumlah sebenar boleh mencecah AS$32 trilion (RM101
trilion).
Beliau
menggunakan data yang diperoleh dari Bank of International Settlements, Dana
Kewangan Antarabangsa (IMG), Bank Dunia dan beberapa kerajaan.
Laporan itu
menyebut penelitian Henry hanya memberi tumpuan ke atas kekayaan yang disimpan
di bank dan akaun-akaun pelaburan dan tiada termasuk aset lain seperti hartanah
dan kapal persiaran.
BBC menyebut
laporan itu muncul ketika timbul persoalan publik berkenaan dengan usaha
mengelak cukai.
Beberapa
pihak berkuasa termasuk di Jerman memberi imbuhan kepada pemberi maklumat
berkenaan mereka yang mengelak daripada membayar cukai.
“Kerugian
akibat hasil cukai menunjukkan anggaran kami sebenarnya besar. Ia cukup besar
untuk mendapatkan satu perbezaan yang signifikan bagi membiayai kebanyakan
negara.
“Dari satu
sudut lain, kajian ini satu berita baik. Dunia baru sahaja mengesan satu jumlah
kekayaan yang besar, yang kemungkinan boleh diperoleh untuk mencari
penyelesaian kepada kebanyakan masalah besar,” kata beliau.
Henry juga
menganggarkan bahawa sejak 1970-an hingga 2010, warga kaya dari 139 negara
telah mengumpulkan kekayaan tidak direkodkan antara AS$7.3 trilion hingga
AS$9.3 trilion menerusi bisnes luar pesisir.
No comments:
Post a Comment