expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 29 July 2012

Budak pecah rekod dunia limbo




Hong Kong - Agak sukar untuk seorang yang normal menundukan diri hampir satu sentimeter (sm) mencecah lantai, namun ia adalah mudah buat Rohan Ajit Kokane, 11, melepasi tiang limbo yang hanya 23 sm di atas lantai.


Menggunakan kasut roda, anak kelahiran India berjaya memecahkan rekod dunia dengan menundukkan badan melepasi tiang limbo hanya beberapa sentimenter dari tanah.



Kokane berjaya menyempurnakan hasil yang mengagumkan itu dalam satu pertunjukan mempromosikan senaman kepada orang dewasa di hadapan ratusan penonton sebuah pusat membeli-belah Hong Kong, Rabu lalu.



Untuk pengetahuan umum, Kokane sebelum ini pernah memecahkan Rekod Dunia Guinness apabila meluncur dengan berkasut roda di bawah 20 kereta iaitu sejauh 39 meter di Mumbai, India, tahun lalu.





No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com