KITA
sepatutnya perlu memanjatkan kesyukuran dengan nikmat Islam yang mewajibkan
puasa. Walaupun lapar dan letih, terlalu banyak pengajaran dan hikmah yang kita
pelajari daripada ibadat puasa ini.
Mungkin realiti
semasa kita malas, tidak kuat untuk berubah, apa lagi sifat negatif yang kadangkala
sudah sebati di jiwa. Rupanya puasa menghantar satu isyarat bahawa kita ada
potensi cukup kuat untuk menguasai diri.
Ramadan
memang sarat dengan tawaran istimewa yang tiada pada bulan lain. Di dalamnya ada keampunan, kasih sayang, kesihatan dan seribu rahmat lain
bagi mereka yang memburunya.
Dalam satu
hadis, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bergembira
dengan kedatangan Ramadan, Allah akan mengharamkan tubuhnya daripada disentuh
api neraka.”
Gembira bukannya boleh dibuat-buat. Ia datang
daripada hati yang selama ini memang suka dan cintakan ibadat, cintakan solat,
cintakan al-Quran.
Sekiranya hendak lihat gembira yang sebenar dalam menyambut Ramadan, lihatlah
cara kita melayani Ramadan serta pakej yang datang bersamanya.
Ini termasuk cara kita melayani puasa, cara kita membaca al-Quran, cara kita
bertarawih. Itu yang menjadi kayu ukur jika kita menyatakan perasaan gembira
menyambut Ramadan.
Jangan hanya
menjaga perkara yang membatalkan puasa, tetapi perkara yang membatalkan pahala
puasa juga perlu dijaga. Itu puasa adat namanya bukannya ibadat.
Berdoa kepada Allah supaya Ramadan kali ini kita berkesempatan melakukannya dengan terbaik. Kita memang mempunyai kekuatan. Cuba fikirkan, setiap hari kita berpuasa kita tak makan selama berbelas jam.
Makanan adalah keperluan asasi dalam kehidupan.
Orang sanggup berperang, menggadai maruah dan melakukan apa saja demi untuk makan.
Bayangkan dalam masa berbelas jam kita boleh menahan diri daripada mengambil makanan. Kita boleh sabar hingga masa berbuka. Ketika berlapar makanan depan mata, kalau kita nak makan kita boleh makan secara senyap-senyap.
Ketika berkumur, kita juga boleh teguk air jika mahu, bukan ada orang tahu pun. Begitu juga jika ada orang lain meneguk air pun tak tahu. Tetapi kita tidak lakukan semua itu kerana ia membatalkan puasa kita.
Makanan sangat perlu dalam kehidupan boleh ditinggalkan apa lagi merokok yang membahayakan sudah tentu kita boleh tinggalkan. Semoga Ramadan kali ini kita bina tekad baru untuk tidak lagi merokok.

Pendek kata,
segala sifat kotor dan keji boleh dihindari dengan belajar daripada kekuatan
puasa. Kenapa kita tidak berani minum air ketika berpuasa?
Sebabnya kita rasa Allah Maha Melihat serta sentiasa memerhatikan kita. Manusia tidak mampu memerhatikan kita pada setiap tempat.
Perasaan serupa sepatutnya membuatkan kita berasa sentiasa ‘diintip’ kamera langit, menyebabkan kita takut diketahui dan dicatatkan, apa lagi nanti dibentangkan di Padang Mahsyar.

No comments:
Post a Comment