BEBERAPA wanita menggunakan komputer
di kafe Sahar Gul, Kabul pada 22 Julai lalu. – AFP
KABUL -
Sebuah kafe internet khas untuk wanita telah dibuka di sini baru-baru ini.
Kafe itu
diberi nama Sahar Gul sempena nama seorang pengantin perempuan berusia 15 tahun
yang pernah didera dan dikurung oleh suaminya.
Kafe itu
dibuka oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Wanita Muda Untuk Berubah.
Menurut
kumpulan itu, wanita tidak menggunakan kafe internet yang dikuasai lelaki di
sini.
Keadaan itu
berlaku kerana wanita berdepan dengan gangguan daripada lelaki, kata kumpulan
tersebut.
"Sebagai
usaha menyediakan akses internet kepada wanita, kami kerap mengadakan sesi
latihan untuk gadis bagi mengajar mereka tentang cara menggunakannya dan
pentingnya media sosial sebagai cara meningkatkan kesedaran berhubung hak
mereka," kata pengurus kafe tersebut, Tooba Ahmadyar. - AFP
No comments:
Post a Comment