PRAGUE, Republik Czech - Pihak pengurusan Zoo Prague
menyatakan, seekor gorila jantan mati selepas tergantung secara tidak sengaja.
Menurutnya, gorila jantan berusia lima tahun bernama Tatu
ditemui tergantung dengan tali melilit leher haiwan itu pagi kelmarin di
kurungan zoo berkenaan.
Jurucakap Zoo Prague, Michal Stastny berkata, usaha
menyelamatkan Tatu gagal. Menurutnya, tiada kamera video dipasang di kurungan
itu tetapi Tatu ditemui tergantung selepas bermain struktur bertali di tempat
tersebut.
Pengarahnya, Miroslav Bobek kelmarin memberitahu bahawa
kematian Tatu adalah yang paling tragis selepas bencana banjir membunuh lebih
100 haiwan di zoo berkenaan pada 5 Mei 2007. - Agensi
No comments:
Post a Comment