KURMA dan
puasa sememangnya tidak dapat dipisahkan, sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi
kurma telah menjadi amalan ketika berbuka puasa.
Bahkan
berbuka puasa dengan kurma juga kamu beroleh pahala sunah.
Namun
tahukah kamu bahawa buah kurma juga amat baik untuk kesihatan? Tetapi apakah
khasiatnya?
Kurma
mempunyai kandungan tenaga yang tinggi serta dapat mengembalikan paras gula
yang rendah dalam darah kepada paras normal.
Penghidap
kencing manis boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka
puasa.
Sebiji kurma
sudah cukup untuk memberi kamu tenaga, serat, vitamin dan mineral serta amat
baik bagi mereka yang berdiet.
Kurma juga
mampu mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.
100 gram
kurma segar mengandungi sumber vitamin C dan membekalkan 230 kalori untuk
tenaga (960 kJ).
Kurma juga
dapat mengelak penyakit barah, merawat buah pinggang, melancarkan perjalanan
darah, dan mencuci hati.
Bagi mereka
yang menghidapi sakit kerongkong, selesema, demam dan masalah insomnia dapat
diubati dengan memakan buah kurma.
Ini
bermakna, makan sebiji kurma dengan segelas air sebenarnya sudah mampu memberi
tenaga secukupnya.
Justeru, dinasihatkan
kepada pembaca untuk mengamalkan buka puasa dengan kurma.
Kita bukan
sahaja mendapat pahala Sunah, tetapi juga mendapat manfaat dari segi kesihatan.
No comments:
Post a Comment