expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 29 July 2012

Gaya hidup sihat cergas




MENURUT Kajian Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2006 oleh Kementerian Kesihatan, seorang daripada setiap tujuh warga Malaysia menghidap diabetes. Namun, ramai pakar terkemuka perubatan dan nutrisi Malaysia mempercayai diabetes menimpa jumlah yang lebih besar, sehingga 22 peratus daripada penduduk Malaysia. Ini bermakna seorang daripada setiap lima orang dewasa di Malaysia ialah penghidap diabetes.


Namun, hanya sebilangan kecil daripada mereka dimaklumkan bahawa kebanyakan komplikasi atau masalah diabetes boleh dicegah. Ini termasuklah dengan mengubah gaya hidup, pemakanan, suplemen nutrisi, bersenam dengan kerap di samping melakukan ujian perubatan yang mudah seperti HbA1c, pemeriksaan mata secara berkala dan lain-lain.


Berikut beberapa panduan mencegah komplikasi berkaitan dengan paras gula darah yang tinggi.




 
(Perubahan gaya hidup) Pemakanan - Menghidap pradiabetes atau diabetes tidak sepatutnya menghalang anda daripada menikmati pelbagai jenis makanan. Tujuannya adalah membiasakan diri mengambil makanan yang seimbang dengan jumlah yang betul. Mengetahui apa yang patut dimakan kadang-kadang mengelirukan.


Di bawah ini terdapat beberapa petua untuk membuat pilihan makanan sihat: 


- Makanlah sebanyak-banyaknya sayur dan buah. Pilihlah sayuran dan buah-buahan pelbagai warna untuk memaksimumkan kepelbagaiannya.


- Makan sayuran yang tidak berkanji seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kacang hijau bersama makanan anda.


- Pilih bijirin lengkap bukan produk bijirin yang telah diproses. Pilih beras perang bukan beras putih dan roti gandum penuh bukan roti putih.


- Buangkan kulit daripada semua jenis daging seperti ayam dan lain-lain.


- Pilih air sejuk dan minuman "diet" yang bebas kalori bukan minuman soda, teh manis dan minuman lain yang dimaniskan dengan gula.


- Kurangkan mengambil snek seperti kerepek dan manisan berkalori tinggi seperti biskut, kek dan ais krim penuh lemak.




 
b) Kerap bersenam - Senaman adalah sebahagian daripada aktiviti gaya hidup yang sihat untuk semua orang. Anda boleh melakukan aktiviti mudah seperti melakukan berkebun, bermain tenis dan berjalan-jalan.


c) Pemeriksaan Perubatan secara Berkala - Ini termasuk:




 
1. HbA1c


HbA1c (haemoglobin A1c, glycosylated haemoglobin A1c, glycohaemoglobin A1c, atau ujian A1c) merupakan suatu ujian makmal yang menunjukkan paras purata glukosa darah dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Ia khususnya mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada haemoglobin, sejenis jisim di dalam sel darah. Mereka yang tidak menghidap diabetes umumnya mempunyai paras HbA1c kurang daripada 6 peratus . Ini bermakna kurang peratus daripada molekul haemoglobin mempunyai glukosa yang kekal terikat kepadanya.




 
2. Pemeriksaan Mata 


Jika anda menghidap diabetes, segeralah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika anda mengalami retinopati diabetes, anda mungkin memerlukan pemeriksaan mata lebih kerap. Mereka yang mengalami retinopati yang membiak (proliferative retinopathy) boleh mengurangkan risiko kebutaan.

 
3. Suplemen nutrisi - Vitamin B12 yang aktif


Membekalkan penghidap diabetes dan pradiabetes dengan nutrien tambahan penting seperti mecobalamin atau methylcobalamin dapat memulihkan semula saraf yang rosak, komplikasi paling biasa dikaitkan dengan paras glukosa darah yang tinggi. 60 hingga 70 peratus penghidap diabetes sedikit-sebanyak mengalami kerosakan saraf.


Artikel ini disumbangkan oleh Live-well Nutraceuticals, untuk maklumat lanjut, sila rujuk ahli farmasi anda atau hubungi Live-well INFOline: 03-6142 6570 atau e-mail info@livewell2u.com

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com