GAMBAR yang bertarikh
26 Jun lalu menunjukkan udang karang pelbagai warna di syarikat New Meadows
Lobster di Portland pada 21 Julai lalu.
PORTLAND, Amerika Syarikat - Para saintis kini mendapati terdapat
banyak udang karang yang berwarna biru, oren, kuning dan berwarna-warni yang
tersangkut pada jaring nelayan sejak dua tahun lalu di sini.
Pada kebiasaannya, udang karang yang ditangkap nelayan di
sini berwarna coklat kehijauan.
Sebelum ini terdapat penulisan yang menyatakan kebarangkalian
untuk menangkap udang karang berwarna biru ialah seekor bagi setiap dua juta
ekor.
Kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna oren
pula ialah seekor bagi setiap 30 juta ekor.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pemuliharaan Udang Karang di
Friendship, Maine, Diane Cowan menyatakan terdapat peningkatan tinggi dalam
jangka hayat haiwan itu.
Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana bilangan haiwan
pencari mangsa untuk menjadikan udang tersebut sebagai makanan telah
berkurangan.
Beliau berkata, bilangan haiwan pencari mangsa yang
berkurangan itu menyebabkan semakin banyak udang tersebut yang dapat meneruskan
kehidupan sekali gus terperangkap dalam pukat nelayan. - Agensi
No comments:
Post a Comment