LONDON -
Dari pemain bola sepak yang kaya-raya sehingga ke atlet gimnastik yang tidak
berduit dan pasangan suami isteri Australia yang dilarang untuk tidur bersama.
Selamat
datang ke Perkampungan Sukan Olimpik London, kompleks yang dilengkapi 11 buah
blok mengandungi 2,818 pangsapuri yang disifatkan penganjur bertaraf pingat
emas.
Setiap
malam, para atlet akan pulang ke kediaman masing-masing membawa bersama
kekecewaan atau kejayaan, sama ada menangis di bahu teman senegara atau
mengadakan parti kemenangan.
Walaupun
Perkampungan Sukan merupakan suasana kehidupan sederhana yang biasa dilalui
oleh mana-mana atlet, namun, ia merupakan satu pengalaman baru bagi skuad bola
sepak Great Britain.
Pemain
tengah Liverpool, Craig Bellamy yang sudah terbiasa dengan layanan hotel lima
bintang mengakui, ia merupakan satu senario pembuka mata.
"Semuanya
baru kepada kami, banyak beza. Anda akan makan bersama atlet lain, tetapi ia
merupakan satu pengalaman," katanya.
Bellamy yang
mengakui, pemain bola sepak terkemuka biasanya akan cuba menjauhkan diri
daripada bergaul dengan orang lain, menambah: "Kami perlu menerimanya
dengan hati yang terbuka."
Penembak
Australia, Russell Mark, 48, pula sebaik tiba di Perkampungan Sukan,
dimaklumkan yang dia tidak dibenarkan berkongsi bilik dengan isterinya, Lauryn
yang juga berada dalam pasukan menembak Australia.
Atlet
veteran itu, yang bertanding untuk Olimpik keenamnya berkata, pegawai Australia
menguatkuasakan larangan tersebut setelah berang terhadap Lauryn yang bergambar
dalam sebuah majalah lelaki dengan memakai bikini berwarna hijau dan emas
sambil memegang senapang patah.
Mark
berkata, dia dan isterinya dihukum kerana menjadi pasangan yang telah
berkahwin. "Perkara paling bodoh di sini ialah pasangan homoseksual dalam
pasukan Olimpik boleh duduk sebilik, jadi kami telah menjadi mangsa
diskriminasi kerana kami merupakan pasangan heterosexual," katanya.
Ketika
pemain bola sepak bersedia untuk tinggal dalam Perkampungan Sukan, keadaan
berbeza pula dialami barisan jutawan skuad bola keranjang Amerika Syarikat.
Kobe Bryant
dan rakan-rakan sepasukannya akan menetap di sebuah hotel di London.
Ini bermakna
mereka akan terlepas peluang untuk menikmati sajian luar biasa yang disediakan
di Perkampungan Sukan dan suasana sebenar Sukan Olimpik. - AFP
No comments:
Post a Comment