GAMBAR fail menunjukkan kad nama
pelacur di sebuah pondok telefon di London.
LONDON -
Pekerja seks mendakwa mereka diusir dari jalanan di sekitar Stadium Olimpik di
sini dalam operasi pembersihan pelacur sempena temasya sukan berkenaan.
Menurut
kajian oleh seorang ahli majlis dewan perbandaran, polis menutup sekitar 80
buah rumah pelacuran di sekitar stadium itu di sini sejak 18 bulan lalu.
"Sejak
dua tahun lalu, polis meningkatkan operasi membanteras para pekerja seks di
kawasan sekitar stadium," kata Georgina Perry yang mengendalikan sebuah
projek kerajaan bagi membantu pelacur di London Timur.
"Sebahagian
wanita berkenaan terpaksa mencari pelanggan di jalanan dan berdepan dengan
bahaya ekoran banyak rumah pelacuran telah ditutup," tambahnya.
Sukan
Olimpik kali ini yang dijangka disaksikan oleh dua juta pelawat, akan membawa
masuk pendapatan sekitar £13 bilion (RM64.1 bilion) untuk ekonomi Britain dalam
tempoh empat tahun akan datang.
Pelacuran
dibenarkan di Britain tetapi menguruskan rumah pelacuran menjadi kesalahan di
negara berkenaan. - AFP
No comments:
Post a Comment