expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 14 February 2013

Bertani Di Syurga




Pada suatu hari Rasulullah SAW berbicara dengan seorang lelaki dari desa. Beliau SAW menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada Allah untuk bercucuk tanam, kemudian Allah bertanya kepadanya bukankah Allah telah berikan semua perkara yang diperlukan? 


Lelaki itu mengakui, tetapi dia suka bercucuk tanam. Lalu dia menabur biji benih. Tanaman itu langsung tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah itu dia menuainya. Hasilnya dapat setinggi gunung. 


Allah berfirman kepadanya, "Wahai anak Adam, ia tidak mengenyangkan perut kamu"."Demi Allah, orang itu adalah orang Quraisy atau pun Ansar kerana mereka dari golongan petani. Kami bukan dari golongan petani", kata orang Badui itu. Rasulullah SAW tertawa mendengar kata-kata orang badui itu.

6 comments:

  1. seronok layan entri ni di tengah malam... ^_^

    ReplyDelete
  2. indahnya kehidupan di syurga. :)

    ReplyDelete
  3. kehidupan di syurga tidak dapat digambarkan dengan apa2 gambaran pon betapa indah nya kehidupan di sana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..semoga kita menjadi salah satu ahlinya..:-)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com