expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 2 February 2013

Hormon tak seimbang punca jerawat




Masalah jerawat dialami oleh 100 peratus populasi manusia yang mana 80 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke bawah. 


Kulit berminyak dan berjerawat disebabkan faktor intrinsik (dalaman) seperti ketidakseimbangan hormon ketika peringkat remaja, ibu mengandung juga kesan sampingan penyakit endokrin seperti sindrom polycystic ovari. 





Kajian menunjukkan sembelit berpanjangan juga boleh mencetuskan masalah jerawat. Faktor ekstrinsik (luaran) yang menyebabkan jerawat seperti kaedah penjagaan muka tidak bersih atau penggunaan produk tidak sesuai, keadaan cuaca dan pencemaran.





Jerawat merangkumi tiga faktor utama iaitu kelenjar minyak terlebih aktif, liang pori tersumbat dan jangkitan bakteria pada kulit. Cara mengatasi jerawat menggunakan ubat seperti antibiotik, vitamin A, krim antibakteria, produk muka berubat mengandungi asid alpha hydroksi, asid salisylic, benzoyl peroxide, rawatan chemical peel, rawatan denyutan lampu impuls (IPL) dan laser.





Paling penting, mereka yang mengalami masalah jerawat dan kulit berminyak dinasihatkan supaya tidak merawat sendiri atau melakukan rawatan wajah di salun kecantikan sebaliknya berjumpa doktor pakar kulit estetik untuk rawatan yang terperinci.


Ini kerana jika tidak dirawat dan berlanjutan, ia boleh memberi kesan sampingan iaitu parut kulit yang kekal, tekanan emosi dan memberikan impak negatif kepada status sosio ekonomi seseorang lantas menyebabkan kemurungan.

10 comments:

  1. saya pernah kena jerawt yg amat teruk semasa umur belasan tahun..
    rasa tertekan juga dgn masalah jerawat masa itu..rasa malu pun ada..
    tp sekarang alhamdulillah jerawat tiada suda

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu jerawat sudah tiada itu bermakna hormon kita dah stabil..:-)

      Delete
  2. setuju tu...kalu stress tu leh sbbkan nek jerawat jgk tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..sebab stress jugak boleh menyebabkan hormon jadi tak seimbang..:-)

      Delete
  3. mmg x selesa klu ada jerawat... tambah2 jerawat batu..

    ReplyDelete
  4. Ika nak kongsi product penjagaan kulit..Jom lawat website ika di
    www.zurieka.com

    ReplyDelete
  5. Saya ada masalah. Pipi saya tak seimbang. Belah kanan agak tebam. Yang kiri agak kurus sikit. Dulu tak pulak macam ni. Tapi tak taulah apa punca. Mungkin penulis tahu sebabnya?

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang sangat menarik. :)

    ReplyDelete
  7. kenapa darah jerawat semut urung eh? takot nye

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com