expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 10 July 2012

Anak kambing berkaki tiga


















Anak kambing berkaki tiga masih aktif.


ALOR SETAR - Sangat aktif dan sihat. Namun uniknya, anak kambing yang diberi nama Chik, milik seorang pesawah, Md Faisal Md Amin, 27, dilahirkan tidak sempurna dengan hanya mempunyai tiga kaki.


Md Faizal bersama abangnya, Khairul Anuar, 30, mula menternak kambing secara kecil-kecilan berhampiran rumah mereka sejak setahun  lalu.


Menurutnya, baka kambing yang diternak itu adalah dibeli daripada kenalan namun tiada seekor pun daripada 12 ekor yang diternaknya, berkaki tiga seperti anak kambing yang baru dilahirkan kira-kira dua minggu lalu.















 


Md Faizal melihat anak kambing yang dilahirkan dengan tiga kaki.


“Kelahiran unik ini hanya saya sedari ketika mahu meletakkan makanan di kandang pada waktu petang. Ketika itu, saya memang terkejut apabila melihat anak kambing betina  ini mempunyai tiga kaki.


“Pada mulanya, ramai yang menyangka umurnya tidak panjang namun jangkaan itu ternyata meleset apabila Chik kini membesar dengan sihat, malah lebih aktif berbanding anak kambing lain yang berusia dua minggu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.


Md Faizal berkata, baka kambing yang dipanggil dengan gelaran Timah, merupakan salah seekor kambing yang paling disayanginya dan sudah beberapa kali melahirkan anak, namun tiada seekor pun yang mengalami kecacatan.


“Ini adalah kali pertama saya melihat kelahiran seperti ini. Memang pada mulanya saya rasa sedih dengan keadaan Chik namun kini bertukar sayang, apatah lagi melihatnya semakin sihat dan aktif.


“Malah berdasarkan pemerhatian saya, ibu kambing berkenaan dilihat lebih menyayangi anak barunya ini walaupun ia dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com