expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 12 July 2012

Balu mahu Perancis siasat punca kematian Arafat


















Suha Arafat, balu kepada bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat


PARIS - Suha Arafat, balu kepada bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat akan memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk siasatan dibuat berhubung kematian misteri suaminya lapan tahun lalu di mahkamah di Perancis, menurut peguam wanita itu, kelmarin.


Pierre-Olivier Sud berkata, Suha berharap tuntutan tersebut dapat membolehkan pihak berkuasa untuk mengetahui punca sebenar kematian suaminya, sekali gus mendedahkan kebenaran bagi menutup spekulasi negatif sebelum ini.


"Permohonan itu mungkin akan dikemukakan kepada mahkamah selewat-lewatnya akhir bulan ini," katanya.


Tuntutan itu dibuat selepas Institut Radiasi Fizik Switzerland mendedahkan kematian bekas pemimpin Pihak Berkuasa Pembebasan Palestin (PLO) tersebut berpunca daripada racun polonium- 210 (bahan radioaktif semula jadi membebaskan sinaran alfa berbahaya) pada tahap sangat tinggi.


Keputusan itu diperoleh berdasarkan kajian ke atas beberapa sampel biologi milik Arafat selepas beliau meninggal dunia pada 11 November 2004. Sebelum ini, banyak pihak mendakwa kematian misteri Arafat mungkin berpunca daripada perbuatan khianat rejim Zionis tetapi ia tidak disahkan secara rasmi.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com