expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 3 July 2012

Berbisa! Mahkota Euro 2012 wajar kekal milik Sepanyol


















Pemain-pemain Sepanyol menjulang trofi Euro 2012 di Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine semalam. - Foto EPA


ANALISIS - Euro 2012 melabuhkan tirainya dengan Sepanyol dinobatkan juara Euro buat kali kedua berturut-turut, sekali gus mencipta sejarah dengan memenangi tiga gelaran utama sebaris termasuk juara dunia 2010.


Kejuaraan kali ini adalah yang ketiga bagi Sepanyol. Sepanyol yang dibarisi barisan bintang dan berkedudukan ranking terbaik, jelas membuktikan pasukan itu sememangnya layak untuk mencipta sejarah mereka tersendiri dalam arena bola sepak Eropah.


Semua sedia maklum, sejak awal perlawanan peringkat kumpulan lagi, ramai yang sudah menjangka pasukan Sepanyol mampu mempertahankan kejuaraan ini berdasarkan prestasi yang cemerlang ditunjukkan pasukan La Roja.


Dan akhirnya terbukti, apabila skuad kendalian Vicente Del Bosque nyata tidak  menghampakan peminat setia ‘The Matador’ apabila memenuhi impian berjuta peminat seluruh dunia dengan berjaya menewaskan Itali 4-0 di final.


Sepanyol berpesta di Kiev. Pesta gol di final. Ia sekali gus mencatat sejarah sebagai negara pertama yang berjaya mempertahankan makhota juara bola sepak Eropah.


Bagaimanapun, pada awalnya, anak didik Viceente Del Bosque terpaksa mengharungi laluan berliku dalam saingan di peringkat kumpulan apabila terikat 1-1 ketika menentang Itali. Namun, setelah berdepan dengan kritikan dan status penyandang juara, Fernando Torres atau El Nino terus menutup mulut pengkritik dengan dua jaringannya untuk membantu Sepanyol menewaskan Ireland 4-0.


Selepas itu, skuad La Roja terus menunjukkan taring apabila menjinakkan Croatia 2-1 dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan dan melayakkan bimbingan Vincente del Bosque ke saingan suku akhir.


Bagaimanapun, laluan semakin getir terpaksa diharungi pasukan Sepanyol di peringkat suku akhir dan separuh akhir apabila terpaksa berdepan Perancis dan Portugal.


Juara Euro 2012 - Sepanyol


 
Namun, dengan status juara Piala Dunia dua tahun lalu, tidak diragui bahawa kebolehan skuad kendalian Del Bosque untuk muncul juara Euro 2012 sememangnya jelas berdasarkan prestasi mereka yang konsisten sejak bermulanya saingan di peringkat kumpulan.


Secara keseluruhan pertemuan awal pagi ini, Sepanyol mempamerkan aksi yang cemerlang apabila berjaya mengunci pergerakan Mario Balotelli dalam melakukan serangan yang banyak ke arah gawang lawan.


Itali dilihat gagal untuk menyaingi barisan tengah berpengalaman Sepanyol. Apabila setiap gerakan The Azzuri seolah-olah tidak menjadi.


Ini berikutan, anak didik Cesare Prandelli tidak boleh memegang lama bola apabila setiap tendangan yang cuba dilakukan oleh pemain Itali berjaya dikekang oleh barisan pertahanan skuad La Roja.


Itali juga dilihat terkapai-kapai di bahagian serangan. Barisan serangan jarang melakukan hantaran yang cantik ke arah gawang lawan.


Pada masa yang sama, setiap kali bola berada di kaki pemain Itali, pasti ada pemain yang mencabar bola tersebut. Ini sedikit sebanyak melumpuhkan gerakan pasukan Itali. Mereka seolah-olah hilang fokus apabila di asak bertubi-tubi kali.


Apa yang jelas, pujian harus diberi kepada penjaga gol Sepanyol. Dengan memegang takhta antara penjaga gol terbaik dunia masa kini, Iker Casillas sememangnya sukar digugat apabila berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolosi lawan.


Pokoknya, pertemuan antara dua gergasi, Sepanyol dan Itali sangat menghiburkan peminat seluruh dunia apabila perlawanan itu dipenuhi dengan aksi-aksi menarik.


Akhirnya, keputusan final membawa Sepanyol mencipta tiga rekod. Tahniah La Roja, mahkota layak kekal di Sepanyol.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com