expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 17 July 2012

Di sebalik kecanggihan ubatan moden



Kebanyakan pengguna di seluruh dunia percaya sepenuhnya bahawa ubat-ubatan moden yang dipreskripsi dan vaksin telah menjalani ujian yang memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan badan tertentu contohnya Food and Drug Administration (FDA).


Dalam artikel ini penulis akan berkongsi dengan pembaca beberapa berita yang mengejutkan berkaitan salah laku tiga pengeluar ubat-ubatan terkemuka dunia. Tujuan utama penulis mendedahkannya ialah agar orang ramai tahu bahawa ubat-ubatan moden dan vaksin yang didakwa pengeluar sebagai berkesan dan selamat belum tentu menyumbang kesan yang didakwa.


Tujuan lain penulis yang memang menyampaikan ilmu perubatan dan nutrisi dari perspektif alternatif ialah agar konsumer dapat keluar daripada sikap seperti kuda lumba.


Mereka yang berfikir menggunakan teknik kuda lumba di mana mata kiri kanannya ditutup dikatakan bukan sahaja mudah dipacu malahan mudah kena pijak! Seseorang yang mampu berfikir secara multidimensi pula adalah orang bijak.








Didenda 3 bilion dolar


GlaxoSmithKline yang mengaut hasil jualan 42 bilion dolar tahun lepas, mengaku bersalah dan bersetuju membayar satu bilion dolar untuk denda jenayah dan dua bilion dolar untuk denda awam berikutan penyiasatan yang dilakukan selama sembilan tahun oleh pihak berkuasa Amerika ke atas beberapa aktivitinya.


Ia adalah saman terbesar yang pernah dibayar oleh industri ubat-ubatan dalam sejarah. Menurut beberapa pegawai penyiasat persekutuan Amerika GlaxoSmithKline menyogok golongan doktor dengan percutian (dan ceramah yang menerima bayaran), memalsukan data keselamatan ubat-ubatan (secara terus menipu FDA), menipu pihak insurans Medicare dan Medicaid berbilion dolar, menipu penguat kuasa berkaitan keberkesanan ubat-ubatannya serta menjalankan usaha putar belit untuk meraih berbilion dolar dengan menjual ubat-ubatannya kepada orang ramai.


Berita asal disiarkan oleh Reuters dan New York Times masing-masing di Hyperlink http://www.reuters.com/article/2012/07/02/us-glaxo-settlement-idUSBRE8610S720120702 dan
http://www.nytimes.com/2012/07/03/business/glaxosmithkline-agrees-to-pay-3-billion-in-fraud-settlement.html?_r=1.





 Palsukan data vaksin


Menurut dua bekas saintis pakar virus yang berkhidmat untuk Merck iaitu Stephen Krahling dan Joan Wlochowski bahawa syarikat tersebut telah memalsukan data ujian bertujuan menunjukkan kadar keberkesanan 95 peratus atau lebih. Syarikat telah mencampurkan darah yang diuji dengan darah haiwan bagi meningkatkan antibodi sistem imun secara artifisial (tiruan).


Syarikat telah memaksa dua orang saintis pakar virus bagi menjalankan pemalsuan dan seterusnya penutupan rahsia. Ia juga telah menggunakan keputusan ujian yang dipalsukan bagi menipu kerajaan Amerika dalam usaha mengedarkan vaksin bernilai ratusan juta dolar.


Vaksin yang diedarkan dikatakan tidak berfungsi membantu imunisasi sepenuhnya. Akhir sekali Merck dikatakan menakut-nakutkan kedua-dua saintis ini dengan hukuman penjara agar mereka menutup mulut.


Beberapa sumber asal berita boleh didapati di beberapa Hyperlink: http://www.courthousenews.com/2012/06/27/47851.htm, www.naturalnews.com/gallery/documents/Chatom-Lawsuit-Merck-Mumps.pdf, dan http://www.nasdaq.com/article/lawsuit-claims-merck-overstated-mumps-vaccine-effectiveness-20120622-00532. Salinan komplen dua orang saintis ini kepada mahkamah (2010 False Claims Act against Merck): http://www.naturalnews.com/gallery/documents/Merck-False-Claims-Act.pdf.




Keuntungan berbilion dolar


Pfizer pula disaman oleh lima pengusaha peruncit farmasi dengan menuduh syarikat tersebut cuba memonopoli pasaran. Menurut saman tersebut, Pfizer sengaja menghalang versi generik (harganya murah) ubatan mengawal kolesterol Lipitor daripada memasuki pasaran.


Ini bertujuan mempertahankan keuntungan berbilion dolar (hasil jualan Lipitor di mana pada masa sama memastikan pesakit tidak memperoleh ubatan mengawal kolesterol alternatif yang lebih murah. Pfizer mengaut hasil jualan Lipitor sebanyak 10 bilion dolar setiap tahun.


Menurut laporan Reuters, saman terhadap Pfizer mengandungi bahawa ia mendapatkan paten secara penipuan, terdapat unsur penipuan ketika menjalankan proses mempertahankan diri di mahkamah, menggunakan taktik penetapan harga bagi melambatkan generik murah daripada memasuki pasaran.


Tidak cukup dengan itu semua malah Pfizer dituduh menggunakan strategi berpakat dengan pihak pengurusan farmasi sebagai usaha memaksa peruncit farmasi agar membeli lebih banyak Lipitor. Berita asal dari Reuters: http://www.reuters.com/article/2012/07/05/us-pfizer-walgreen-lipitor lawsuit-idUSBRE86419U20120705.


Menurut pakar pemakanan terkemuka iaitu Dr Mike Adams, berkata dengan pendedahan bukti luar biasa seperti rasuah, penipuan saintifik, menipu pihak berkuasa dan usaha monopoli yang sudah tentu berbahaya kepada konsumer menyebabkan doktor dan golongan skeptis (yang ragu-ragu terhadap perubatan alternatif) yang mempertahankan pengeluar ubatan gergasi (Big Pharma) dan pengeluar vaksin makan perkataan mereka sendiri.


Menurut beliau lagi mempertahankan Big Pharma hari ini sama dengan mempertahankan perancang organisasi jenayah yang terbukti mereka akan melakukan apa saja - tidak kira apa - bagi memastikan mereka meraih keuntungan secara berterusan. Mereka tidak akan berhenti bagi meraih laba (keuntungan) walaupun ia akan menjejaskan kesihatan (atau membunuh) ramai orang yang tidak bersalah.


Dr Mike Adams berkata mereka juga berkemungkinan besar memalsukan data berkaitan keberkesanan ubat-ubatan lain, menggunakan kanak-kanak menjalani ujian vaksin berbahaya, mencipta penyakit (dengan memperbesar-besarkan bahayanya, contohnya H1N1) sebagai usaha menjual lebih banyak ubat-ubatan dan melepaskan senjata biologi (virus/bakteria berbahaya) bagi mencetus pandemik yang menguntungkan.


Mereka juga berkemungkinan bersekongkol dengan Pusat Pengawalan Penyakit Amerika bagi menakut-nakutkan orang ramai sebagai usaha mempromosi pemvaksinan, menutup mulut mereka yang cuba menghebahkan aktiviti keji mereka, memberi kanser kepada orang ramai menggunakan virus yang digunakan dalam vaksin, menghapuskan saintis perubatan yang melawan mereka dan memaksa khidmat perubatan moden secara monopoli kepada seluruh penduduk Amerika dengan meluluskan penjagaan kesihatan ala sosialis.


Lima tahun dahulu ramai tidak percaya apabila beliau menyatakan bahawa syarikat pengeluar ubatan terlibat dalam konspirasi jenayah untuk menipu orang ramai dan pihak berkuasa di Amerika. Hari ini ia benar-benar terbukti setelah kes berkaitan menjalani penyiasatan selama sembilan tahun.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com