expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 16 July 2012

Fakta lelaki vs wanita




       


1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada
waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat
mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan rata-rata berat otak lelaki lebih kurang 1.4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Penggantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal lelaki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat memikir-mikirkan masalah dan perubahan sehari-hari ( contoh : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggung, Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Lelaki lebih suka berbicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indera penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

14. Kemampuan indera lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kebotakan rambut, pada usia yang sama sebagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan pengeluaran berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).

18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar daripada lelaki.

21. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding lelaki. Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Bersisihan dengan wanita pada jalanan ramai, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita menghasilakn dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dalam kandungan, lelaki terus menghasilkan sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali ganda lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 saat berada di tandas, lelaki 113 saat.

29. Hubungan keluarga yang baik meningkatkan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu nisbah empat, wanita dibandingkan dengan lelaki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara seksual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kahwin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih  dua kali ganda wanita yang banyak membaca daripada lelaki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri berbanding lelaki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri "Saya" berbanding lelaki.

39. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, kerana estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kolestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja berbanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, berbanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal kerana kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh lelaki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.

48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /diperdaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita membuat pemeriksaan giginya secara rutin berbanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai. 


 


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com