expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 18 July 2012

Kekuatan tauhid benteng hadapi musibah




Setiap orang tentu mengharapkan keamanan, kebahagiaan dan ketenangan hidup, sebaliknya apabila ada bencana mengancam, mereka pun berusaha menepisnya.


Jika bencana itu sudah menimpa, pelbagai cara pula dicari untuk menghilangkannya. Dalam keadaan seperti ini, orang yang tidak memiliki pemahaman tauhid sebenar, sangat mudah terjerumus dalam perbuatan syirik. Justeru, seorang Muslim wajib meyakini hanya Allah SWT yang menguasai seluruh kebaikan dan mudarat, baik yang belum berlaku mahu pun sudah menimpa. 


Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu mampu menolak takdir kecuali doa.” (Hadis riwayat Ahmad) 


Allah SWT berfirman: “Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): Maka terangkan kepadaku apa yang kamu sembah selain Allah? Jika Allah hendak menimpakan kemudaratan kepadaku, apakah berhalamu itu dapat menghilangkan bahaya itu atau jika Allah mahu memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya? Katakanlah: Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nya bertawakal orang yang berserah diri.” (Surah al-Zumar, ayat 38) 







Bagi Muslim, saat berdepan musibah atau kegagalan banyak cara boleh dilakukan seperti memperbanyakkan doa ke hadrat Ilahi yang Maha Mengasihani. Orang Islam yang tidak putus berdoa, mengalir dalam dirinya kekuatan menjadikan dirinya lebih sabar, tegar dan beristiqamah.


Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu mampu menolak takdir kecuali doa.” (Hadis riwayat Ahmad) 


Malah, ada doa daripada Allah SWT yang dirakamkan dalam al-Quran untuk membimbing kita supaya terhindar daripada ujian, musibah, dan bala. 




 
Kedua ialah kejituan takwa kerana ada beberapa ayat mengungkapkan kesungguhan dan kejituan dalam ketakwaan menatijahkan keutuhan spiritual untuk menyelesaikan pelbagai kesulitan serta kepayahan hidup. 


Ketiga, keredaan orang tua. Setiap Muslim perlu memuliakan kedua-dua orang tuanya kerana doa dan restu mereka memudahkan jalan meraih sejuta kebaikan duniawi dan ukhrawi. 


Keempat, amalan sedekah banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Bukti iman dan Islam seseorang terletak pada amalan sedekah yang dilakukannya dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan, sekali gus bertindak sebagai perisai daripada bahaya dan musibah. 


Kelima, mengucapkan istighfar. Allah SWT berfirman: “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Surah al-Anfal, ayat 33) 


Berikutnya, silaturahim, berzikir dan berselawat. Orang yang mengingati Allah memperoleh jaminan perlindungan daripada gangguan dan godaan syaitan. 


Akhirnya, sentiasa berbuat baik kepada semua makhluk. Kebaikan disebarkan di bumi sebenarnya kebaikan yang bakal kembali kepadanya seperti yang Allah kurniakan dari langit kepada hamba-Nya yang soleh.




No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com