expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 9 July 2012

Kelantan tidak dapat imbuhan














INDRA Putra Mahyuddin (kiri) menjaringkan gol pertama Kelantan pada perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Sultan Mohd Ke IV, kelamrin. 


KOTA BHARU: Pemain Kelantan tidak dijanjikan sebarang imbuhan khas atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, kelmarin. 


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurusan pasukan sudah mempunyai sistem tersendiri menghargai kejayaan gergasi Pantai Timur itu dalam setiap perlawanan dan kejohanan. Pemain hanya menerima imbuhan tertentu jika muncul juara dalam kejohanan kalah mati seperti Piala FA atau Piala Malaysia namun bukan dalam saingan Liga Super. 


Mengikut sistem KAFA, pemain akan menerima insentif jika muncul juara dalam perlawanan kalah mati tetapi untuk Liga Super, pemain diberi insentif sepanjang masa dan imbuhan memenangi perlawanan.


“Di peringkat Liga Super, pengurusan tidak menunggu sehingga habis musim untuk memberi insentif, malah jika beraksi bagus dan menang, KAFA akan bagi insentif selepas perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, kelmarin. 


Selepas mengalahkan Perak, pemain The Red Warriors akan menerima insentif tidak kurang daripada RM3,000 atas kejayaan itu.


Annuar menegaskan, KAFA tidak mahu membudayakan pemberian insentif kerana bimbang prestasi pemain akan menurun kerana mereka perlu menamatkan dua lagi perlawanan Liga Super. Impian seterusnya ialah mendakap Piala Malaysia dan kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang kini di peringkat suku akhir. 


Pemain menerima RM2,000 selepas menewaskan Negeri Sembilan, Selasa lalu dan keringat di atas kejayaan kelmarin mungkin tidak kurang daripada RM3,000.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com