expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 18 July 2012

Khasiat Buah Delima




Rasulullah S.A.W. bersabda :  “Buah delima dan kulitnya memperkuatkan pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi) 


Setiap kali Ibnu Abbas mendapat buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahawa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandungi satu biji dari salah satu biji dari syurga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.” (Kisah sahabat) 


Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : "Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalamnya.” (HR Abu Nu’aim)







 
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk : 


  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa.

  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing.

  • Membantu penghadaman.

  • Membuang lemak-lemak berlebihan.

  • Menambah tenaga.

  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.

  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopaus.

  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.

  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis.

  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.

  • Mencantikkan kulit.

 


Dari kajian perubatan moden, Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-


  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.

  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu.
 


 
  • Menghalang pembentukan sel barah payudara. 

  • Di Jepun, terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lagi.

1 comment:

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com