expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 15 July 2012

Laptop 2 dalam 1







Fujitsu memperkenalkan produk terbarunya, laptop mudah alih, Lifebook T902 yang boleh berubah bentuk menjadi tablet dilengkapi spesifikasi teknologi yang hebat.


Skrin sentuh kaca berukuran 13.3 inci HD+ (1.600◊900 piksel) membolehkan anda menyentuh secara serentak dengan sepuluh jari. Skrin ini dilengkapi dengan lapisan pelindung Gorilla Glass, paparan skrin lebar anti-glare, anti-microbial, spill-resistant keyboard dan trackpad. Pada bahagian prosesor, ia didatangkan dengan dua pilihan iaitu Intel Core i5 ataupun core i7 iVy Bridge (prosesor intel generasi ketiga). 


Selain itu, laptop ini juga menyokong RAM sehingga 16 GB DDR3-1600 MHz.


Anda juga boleh menggunakan HDD tambahan ataupun bateri tambahan.


Sebagai fungsi tambahan, laptop ini dilengkapi beberapa elemen lain seperti Smart Card, pengesan jari biometric, HDD dan perlindungan kata laluan, Computrace support, Anti kecurian Intel dan sebuah panel sekuriti.


LIFEBOOK T902 − Skrin berukuran 13.3 inci
− RAM sehingga 16 GB
− Menggunakan pemprosesan Intel Core i5.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com