expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 15 July 2012

Muslim ada hak berkhatan, Canselor Jerman tolak keputusan mahkamah

Angela Merkel



BERLIN - Kerajaan Jerman menegaskan bahawa masyarakat Yahudi dan Islam berhak untuk meneruskan amalan berkhatan walaupun mahkamah negara itu memutuskan kaedah itu membahayakan nyawa dan tidak wajar diteruskan.


Menurut jurucakap Canselor Angela Merkel, meneruskan hak berkhatan adalah soal kebebasan beragama dan ia patut dibenarkan.


“Sunat dijalankan dengan cara yang bertanggungjawab mestilah dibuat tanpa sebarang hukuman,” kata Steffen Seibert, semalam.


Kumpulan Yahudi dan Islam Eropah mengkritik keputusan Mahkamah Cologne.


Mahkamah memutuskan demikian ekoran kes seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang disunat mengalami komplikasi perubatan.


Menurut mahkamah, hak kanak-kanak terhadap integriti fizikal sengaja direka oleh hak agama dan ibu bapa.


“Bagi setiap rakyat, ada jelas bahawa kita mahu melihat adanya kehidupan beragama bagi masyarakat Yahudi dan Islam di Jerman,” katanya lagi.


Beliau berkata, kerajaan akan melihat dengan segera bagi mewujudkan "kepastian perundangan" dalam soal seperti berkhatan.


"Adalah jelas ini tidak boleh dibelakangkan. Kebebasan untuk mengamalkan agama adalah prinsip undang-undang yang perlu dihargai," ujarnya.


Dalam pada itu, Persatuan Perubatan Jerman telah memaklumkan para doktor agar tidak melakukan proses berkhatan berikutan keputusan mahkamah.


Kumpulan Yahudi dan Islam telah berganding suara untuk mempertahankan hak berkhatan ekoran keputusan mengejutkan oleh pihak mahkamah.


Satu kenyataan bersama yang jarang-jarang dikeluarkan telah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin Islam dan Yahudi.


Beribu-ribu kanak-kanak lelaki Islam dan Yahudi dikhatan di Jerman setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com