expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 2 July 2012

Pantun Lawak




Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa awak nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar 


Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan awak busuk semacam
Bilik air ada, buat apa awak mandi kat ladang


Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery


Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan awak ni
Jarum patah pun awak simpan dalam peti


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau awak berani kejarlah kucing tu
Mesti awak kena cakar sampai berbelang-belang gak..


Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain saya, si pencuri yang sapu


Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke


Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belum masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan


Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya


Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan


Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan awak orang berbau


Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water


Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit


Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena


Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap


 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com