expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 20 July 2012

Rancang cuti dengan Google




SEMPENA cuti sekolah yang akan datang, pasti anda merancang bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan tetapi tidak pasti destinasi yang hendak dituju. 


Jika sudah mempunyai destinasi yang ingin dijejaki, anda tentu hilang panduan dalam pelbagai perkara. Antaranya tempat menarik yang ingin dilawati, restoran hebat atau petunjuk jalan akibat tidak pernah menjejakkan kaki di lokasi terbabit. Usah khuatir - semua jawapan ada di hujung jari. Dengan berpaling kepada pelayar internet anda, ia akan menjadi pemandu pelancong terbaik pernah anda temui dan secara percuma! 


Inilah perkhidmatan diberi pelayar sistem maklumat Google yang memberi pengalaman baru dalam mengakses aplikasi web. Tidak hanya laman web yang mengandungi maklumat boleh diakses, malah aplikasi web Google mengambil arahan daripada pengguna untuk menawarkan pengalaman pelayaran peribadi termasuk ketika merancang perjalanan. 


Pelayar Chrome Google akan berfungsi dengan aplikasi ini untuk mewujudkan web terpantas - suatu pengalaman paling intuitif di web. Pelancong boleh mencari beberapa aplikasi web yang unik untuk membantu semua pelan daripada tempahan penerbangan, hotel hinggalah belajar bagaimana hendak berkhemah dalam hutan dengan selamat. 


Apabila anda menggunakan Chrome untuk mengakses Peta Google, anda boleh meneroka dunia dengan pantas. Hanya dengan ‘klik’, ia akan menyerlahkan alamat dan info perjalanan sama ada anda sedang berjalan, memandu atau mengambil pengangkutan awam. 


Kekangan bahasa kini bukan lagi penghalang kerana ia secara automatik menterjemah laman web ke dalam bahasa anda. Sama juga keadaannya ketika anda berada di negara asing, melalui aplikasi ini anda boleh menterjemah bahasa tidak difahami dalam laman web bahasa asing kepada bahasa pilihan.


Store Web Chrome adalah pasaran di mana anda boleh menyemak imbas, menemui dan membeli aplikasi dan lanjutan terbaik di web. 


Pengumpulan perjalanan dalam Store Web Chrome menghimpunkan berpuluh aplikasi dan alat yang direka untuk menjadikan perancangan perjalanan anda mudah dan menyeronokkan. Berikut adalah hanya beberapa contoh aplikasi yang memudahkan perjalanan anda: 


TouristEye Planner
 
Permudahkan perancangan perjalanan dengan membina jadual perjalanan menggunakan daya seret yang mudah dan antara muka. Simpan dalam telefon pintar anda untuk akses yang mudah jika tiada sambungan internet. 


Hipmunk
 
Kunci kepada aplikasi yang memudahkan anda mencari penerbangan dari aspek harga, jadual perjalanan dan tempoh penerbangan. 


Wanderfly
 
Rancang perjalanan yang sepadan dengan bajet dan minat anda. Mencari sesuatu yang lasak dan bersifat pengembaraan, romantik atau mewah? Hanya klik butang dan cari apa yang sesuai dengan keperluan anda. 


Dayzipping
 
Mahukan percutian yang cepat? Dayzipping membantu anda mencari perjalanan sehari di 15 buah negara berbeza. 


CardFed
 
Aplikasi ini membantu menghantar gambar anda umpama poskad di mana-mana lokasi di dunia. Anda tidak perlu risau jika terlepas peluang membeli poskad sebagai kenangan ketika bercuti. 


wikiHow Survival Kit
 
Bersedia untuk apa-apa situasi dengan aplikasi web ini. Diserang binatang buas, tersesat di huan atau mengalami masalah ketika bercuti - semuanya ada penyelesaian! 


Amazebuy Hotels
 
Pilih tawaran pakej penginapan menarik hotel di seluruh dunia.


Weather Window
 
Ambil sedikit masa untuk melihat secara maya cuaca bandar yang dirancang dilawati. Sehubungan itu, anda boleh bersedia dengan pakaian yang sesuai seperti seorang pakar. 


Flight Status
 
Sentiasa bersedia untuk penerbangan anda. Ini aplikasi mudah membolehkan anda menaip kod penerbangan dan memeriksa statusnya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com