expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 10 July 2012

Sarapan dapat kurangkan berat badan?





ADAKAH kamu tahu bahawa bersarapan itu penting bagi mengurangkan berat badan? Ya, kerana apabila bersarapan, kita dapat mengurangkan pemakanan makanan ringan atau snek sebelum makan tengahari.

Maka sarapan sebenarnya amat penting kepada kehidupan terutamanya remaja dalam proses tumbesaran.

Selalunya, selepas tidur, badan akan menjadi lemah kerana perut telah menjadi kosong dan air dalam badan juga berkurangan. Kandungan gula dalam darah juga menjadi rendah, menjadikan badan tidak bermaya dan bertenaga.

Apabila bersarapan makanan yang perlu diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya makanan berlemak dan tinggi kolesterolnya.



 
1.Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya,  hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.



 
2.Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.




3.Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.



 
4.Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.




 
5.Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.




6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.





 
7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com