expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 18 July 2012

Semakan arah kiblat berubah


















Mohd Nor (tiga kanan) membuat aplikasi mengukur arah kiblat di Kist.


BACHOK – Tarikh sepatutnya berlangsung proses istiwa adzam setiap tahun iaitu pada 16 Julai dianjak kepada 15 Julai tahun ini memandangkan tahun ini adalah tahun lompat. Pensyarah Pengajian Ilmu Falak dan Syarie Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist), Mohd Nor Husain berkata, semakan arah kiblat tahun ini berubah sehari daripada tarikh yang sama tahun-tahun sebelumnya termasuk juga pada 28 Mei (5.16 petang) lalu yang bertukar kepada 27 Mei.


Menurutnya, pada tarikh 16 Julai waktu yang sesuai diukur kedudukan kiblat ialah pada 5.28 petang tetapi tahun ini tarikh yang sama pengukuran dibuat ialah pada jam 5.22 petang. “Amat mudah untuk mengukur kedudukan kiblat ini  yang pada tarikh ditetapkan, kedudukan matahari adalah terletak di atas kaabah. Waktu yang diukur itu adalah beberapa minit sebelum azan Zuhur di Mekah.


“Untuk mengukurnya, hanya memerlukan sebatang kayu yang diletak di kawasan lapang dengan cahaya matahari yang terang. Di situ kita akan dapat lihat bayang kayu tadi, dan arah kiblat yang sebenarnya adalah yang bertentangan  dengan bayang kayu tadi,” katanya ketika majlis semakan kiblat sempena Istiwa Adzam di Kist, semalam. Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Nik Mohammad.


Katanya, walaupun kaedah kompas digunakan secara meluas mengukur kiblat namun ia ada kelemahan disebabkan kutub magnet tidak dengan seperti kutub utara sebenar. Katanya, faktor lain seperti berdekatan besi yang  mempengaruhi gerakan kompas juga menyebabkan ralat pada kompas.


“Walaupun hari ini adalah hari ditetapkan untuk mengukur kiblat tetapi sebenarnya di bawah Unit Falak, Jabatan Mufti pengukuran ini dibuat setiap masa berdasarkan data kecuali pada Jun dan Disember kerana pada bulan ini tiada  bayang diperolehi.


“Untuk menyedarkan orang ramai mengenai kehadiran tarikh ini yang membolehkan mereka mengukur kiblat, dalam setiap takwim yang dikeluarkan, kita catatkan tarikh mengenai kejadian ini setiap tahun agar orang ramai boleh  menyemak sendiri arah kiblat mereka,” katanya.


Katanya, setiap kali kemunculan tarikh ini, masjid-masjid akan membuat permintaan terhadap Jabatan Mufti untuk menyemak arah kiblat mereka termasuk juga masjid baru yang ingin dibina. 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com