expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 16 July 2012

Slot terakhir layak ke Liga Super 2013

Jadual perlawanan



HANYA tinggal satu slot Liga Super 2013 untuk diisi yang menjadi rebutan empat pasukan Liga Malaysia pada musim ini. Sarawak, Kedah dan Sabah dari Liga Super manakala naib juara Liga Perdana, Pahang kini bakal bersaing sengit pada pusingan play-off dalam misi menggenapkan 12 pasukan bagi kancah Liga Super musim depan.


Kelantan, Lions X11, Selangor, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS, T-Team, Johor FC dan Felda United serta juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara pasukan mengesahkan kempen bagi musim akan datang.


Mengikut jadual play-off yang bakal berlangsung malam esok, Kedah menentang Sabah di Stadium Hang Tuah, manakala Sarawak berdepan Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka.


Pemenang format kalah mati itu akan berentap di fi nal pada 20 Julai ini yang mana hanya satu pasukan sahaja beraksi dalam liga elit musim depan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com