expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 16 July 2012

Tidak minum ais rahsia umur cecah 100 tahun


















Che Ah ditemubual wartawan di rumahnya di Kampung Alor Mengkuang, Bukit Raya


PENDANG - Walaupun berusia 100 tahun, namun Che Ah Bakar dari Kampung Alor Mengkuang dekat sini, tidak menghidap sebarang penyakit dan masih mampu bertutur dengan baik serta bergurau senda dengan sesiapa yang menemuinya berbeza  dengan rakan dan warga emas lain apabila meningkat usia.


Che Ah mengakui dia tidak menghidap apa-apa penyakit sejak usia muda, walaupun ketika usia itu dia bekerja kuat sebagai petani, namun dirinya tidak pernah rasa sakit di usia emas malah dirinya semakin kuat.


Che Ah ketika ditemui di rumahnya mengakui rahsia dia kekal sihat adalah kemungkinan dia tidak minum apa-apa minuman sejuk atau berais memandangkan dirinya tidak serasi dengan minuman air itu melainkan minuman panas sahaja.


“Saya hanya minum air kopi panas dan minuman lain yang panas sahaja sejak kanak-kanak dan sering makan ulam-ulaman ketika muda.


“Saya bersyukur kerana ALLAH SWT memanjangkan usia saya sehingga kini, walaupun terdapat seorang ahli keluarga saya dahulunya pernah berusia sehingga 105 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.


Katanya, dia mampu berpuasa penuh setiap Ramadan dan tidak mengalami sebarang penyakit ketika menjalani ibadah puasa seperti golongan muda yang lain.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com