expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 17 July 2012

30 Fakta Unik Tentang Buah-Buahan Tempatan...




1.    Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology 


2. Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi


3. Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin c)


4.    Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China


5.    Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros


6. Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih banyak jus


7.  Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun


8.  1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii


9.  California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun


10. Buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China


11. Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun


12.Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara


13. Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun


14.Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang kurang oksigen


15.Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah setahun


16. Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika


17. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit


18.Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol


19.Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut


20.Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren


21.Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk


22.Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain


23.Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia


24.Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry


25. Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang lebih putih berseri


26.Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf


27. Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius


28. Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok


29. Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy


30. 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com