expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 15 July 2012

400,000 orang diarah pindah
















Pemandangan dari udara menunjukkan kawasan perumahan di Fukuoka, Kyushu tenggelam selepas beting Sungai Yabe pecah, menyebabkan limpahan air.


Banjir di barat daya Jepun makin buruk


Tokyo: Kira-kira 400,000 orang diarah atau dinasihatkan berpindah di barat daya Jepun semalam selepas hujan lebat masuk hari ketiga berturut-turut menyebabkan 29 maut atau dikhuatiri hilang, kata pihak berkuasa dan media.


Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran lebih banyak kejadian tanah runtuh dan banjir di pulau selatan utama Kyushu ketika hujan lebat sehingga 11 sentimeter (4.3 inci) setiap jam dicatat semalam. 


Media tempatan Kyushu melaporkan perintah pemindahan dikeluarkan kepada kira-kira 260,000 penduduk di utara kepulauan itu ketika semakin banyak sungai melimpah.














 


Pasukan pertahanan awam Jepun bertungkus-lumus mencari mangsa tanah runtuh di bandar Minamiaso, Kumamato di barat daya Jepun semalam.


Diarah pindah


Mereka diarah berpindah ke tempat perlindungan ditetapkan seperti sekolah dan kemudahan awam lain.


Hampir 140,000 penduduk lain dinasihat meninggalkan rumah mereka bagi mengelak kemungkinan bencana, menurut pegawai yang dihubungi AFP di empat wilayah terjejas di Kyushu. 


Rakaman televisyen menunjukkan lumpur deras, air dipenuhi keladak dan rumah dipenuhi air dalam apa yang digambarkan pihak berkuasa sebagai “tidak pernah berlaku sebelum ini” dalam musim hujan lebih awal.


Di sepanjang sungai Yamakuni di wilayah Oita, paras air dilihat sampai ke bumbung sebuah restoran tepi sungai sebelum tenggelam kemudian.


Di wilayah Fukuoka saja, 78,600 penduduk diarah meninggalkan kediaman mereka ketika air sungai melimpah di berpuluh kawasan dan 181 kejadian tanah runtuh berlaku, kata seorang pegawai.


Kira-kira 820 buah rumah rosak dan tiga jambatan dihanyutkan, kata jurucakap wilayah Fukuoka Hiroaki Aoki kepada AFP menerusi telefon.


“Dua lelaki diselamatkan daripada tanah runtuh tetapi keadaan mereka tidak diketahui.


“Seorang wanita masih terperangkap.
 

“Saya tidak dapat mengingati kejadian banjir yang menjangkau kawasan lebih luas di wilayah kami,”katanya.


Lebih 75 sentimeter hujan turun dalam masa 72 jam di bandar Aso, yang terletak di kaki gunung berapi di wilayah Kumamoto, kata agensi kaji cuaca itu.


Angka kematian kekal 20 semalaman, dengan 19 kematian akibat tanah runtuh dan runtuhan rumah di sekitar dan berhampiran Aso. - AFP

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com