expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 15 July 2012

Anak bekas ikon politik AS ditangkap




NEW YORK - Kerry Kennedy (gambar), anak kepada ikon politik Amerika Syarikat (AS) Robert F. Kennedy ditahan pada Jumaat selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan didapati memandu di bawah pengaruh dadah. 

 
Kereta Lexus yang dipandu Kennedy bertembung dengan sebuah trailer traktor di lebuh raya wilayah Westchester, utara New York. 


Kerry yang berusia 52 tahun itu kemudian meninggalkan lokasi kejadian. Dia ditemui di satu lorong keluar lebuh raya terbabit. Panggilan-panggilan ke talian 911 menyatakan Kerry memandu dalam keadaan aggresif dan berbahaya. 


"Polis yang membuat siasatan mendapati Kerry memandu dalam keadaan khayal akibat dadah," jelas satu kenyataan polis negeri. Jenis dadah yang diambil oleh Kenndy tidak didedahkan. 


Penahanan Kennedy menjadi tamparan terbaharu kepada keluarga ahli politik AS yang terkenal dan bermasalah itu. Kennedy merupakan seorang penulis dan peguam hak asasi manusia. Dia pernah berkahwin dengan Gabenor New York, Andrew Cuomo dari tahun 1991 hingga 2003. - AFP

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com